Hanya 18.3 peratus daripada rakyat Malaysia menggunakan sepenuhnya teknologi internet sedia ada untuk menjana pendapatan dan meningkatkan potensi perniagaan mereka, menurut Kajian Pengguna Internet 2017 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Dr Mazlan Ismail berkata jumlah yang dianggarkan itu masih lagi terendah di kalangan aktiviti dalam talian lain walaupun 76.9 peratus atau 24.5 juta rakyat Malaysia adalah pengguna internet, mengatasi purata global.
"Kita mempunyai kira-kira 800 Pusat Internet 1Malaysia di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar untuk memudahkan tugas harian rakyat dan menjana pendapatan melalui perniagaan dalam talian.
Di samping itu, SKMM juga bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk memudahkan dan membantu menghantar produk usahawan luar bandar ke negeri-negeri lain dan negara seperti Brunei dan Indonesia.
"SKMM akan terus memupuk semangat keusahawanan di kalangan komuniti terutama di kawasan luar bandar dengan memanfaatkan kemudahan capaian internet yang disediakan. Kita tahu beberapa kawasan tidak mendapat liputan 4G seperti yang lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Kerjasama Penyelidikan 2017 di sini hari ini.
Sebanyak 13 projek penyelidikan dari lapan universiti dipamerkan dengan penemuan penyelidikan interim berkaitan kesejahteraan maya, literasi digital dan rangka kerja institusi pada seminar ertemakan "Membuka Nilai Sosial Sosioekonomi Ekonomi Digital: Bekerjasama untuk Pertumbuhan dan Impak.
Mazlan berkata kajian itu juga meliputi 18 kategori aktiviti dalam talian, yang menduduki tangga teratas dalam senarai ialah menggunakan Internet untuk berkomunikasi dalam pesanan teks (96.3 peratus responden), layari rangkaian sosial (89.3 peratus), tujuan belajar (67.6 peratus), berkaitan kerja (56.3 peratus),beli-belah dalam talian (48.8 peratus), perkhidmatan kerajaan (45.9 peratus), dan aktiviti kewangan (41.7 peratus).
Beliau berkata rakyat Malaysia juga melayari internet untuk mendapatkan maklumat, mendengar muzik, , streaming video dan memuat naik audio, imej dan bahan bacaan.
Beliau berkata kajian itu yang bermula pada November tahun lepas dan befrakhir pada Februari tahun ini menunjukkan bahawa seorang daripada setiap empat rakyat Malaysia tidak menggunakan Internet, kurang keyakinan dan minat ialah antara alasan utama tidak menggunakan internet
Kajian Pengguna Internet 2017 telah menemubual sejumlah 3,469 responden (2,402 pengguna Internet dan 1,067 bukan pengguna Internet) melalui sistem Temubual Melalui Telefon Berkomputer (CATI).
Dalam perkembangan lain, Mazlan meminta semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu sehingga pihak berkuasa selesai menjalankan siasatan mengenai dakwaan bahawa data peribadi berjuta-juta rakyat Malaysia telah diceroboh.
"Siasatan hampir selesai. Bagaimanapun, tidak ada apa yang membinbangkan mengenai isu ini.
"Tetapi portal media dalam talian yang melaporkan isu ini, saya ingin memberi nasihat, sebelum membuat spekulasi, pastikan maklumat itu sahih. Tolong jangan membuat spkulasi yang tidak perlu, jika tidak, bersedia untuk menghadapi tindakan daripada SKMM ," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2017
Jumlah yang dianggarkan itu masih lagi terendah di kalangan aktiviti dalam talian lain walaupun 76.9 peratus atau 24.5 juta rakyat Malaysia adalah pengguna internet, mengatasi purata global. - Gambar hiasan
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
Pesara maut, kereta dipandu terbabas akibat serangan jantung
Siasatan awal mendapati mangsa memandu dari arah Lahat dan apabila sampai di tempat kejadian dia dipercayai mengalami serangan jantung.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
KPDNHEP, platform e-dagang bekerjasama bendung penjualan minyak masak dalam talian
KPDNHEP bekerjasama dengan beberapa penyedia platform e-dagang tempatan dalam usaha membendung aktiviti penjualan minyak masak secara dalam talian.
Dua sekolah di Sanglang ditutup, pembelajaran dijalankan atas talian - MB Perlis
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan, ia sebagai satu langkah yang perlu dilaksanakan.
KLWBC 2020: Raikan pesta buku atas talian terbesar di Malaysia
Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 yang dibatalkan akibat persekitaran Covid-19 pada April lalu.
Normal Baharu: Temu janji doktor dan pesakit secara dalam talian
IJN sedang melakukan kajian bagi membolehkan pesakit tidak perlu ke hospital sebaliknya hanya melakukan temujanji dalam talian.
Normal baharu: Prosiding Mahkamah Rayuan disiar secara langsung bermula esok
Buat pertama kalinya dalam sejarah badan kehakiman negara, pendengaran kes di Mahkamah Rayuan akan disiarkan secara langsung dalam talian.
Masyarakat Sikh sambut tahun baharu secara maya melalui e-Vaisakhi
Selain merupakan tahun baharu kepada masyarakat Sikh, Vaisakhi juga merupakan festival menuai musim bunga.
COVID-19: Ketika atau selepas PKP, seniman jangan berhenti berkarya - Nizam Rahmat
Nizam berharap seniman tidak berhenti berkarya biarpun pameran fizikal tidak dapat diadakan.
Berniaga dalam talian, pasarkan di kawasan kejiranan cara terbaik 'cari makan' semasa PKP
Melalui kaedah itu, peniaga dapat memastikan bahawa barangan, terutama makanan untuk juadah berbuka, yang dipesan oleh pelanggan sampai dengan cepat.
KWSP Jalan Raja Laut ditutup bagi proses disinfeksi bermula Selasa
Penutupan pejabat itu adalah susulan seorang ahli KWSP disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.