DENGAN penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami dengan berbesar hati dan sukacitanya menjemput Tuan/Puan?Encik/Cik ke majlis…
Kalaulah tarikh hari ini, 22 Februari 2022 jatuh pada hari Sabtu atau Ahad, pasti berbondong-bondong undangan ini sampai kepada anda.
Tak kiralah majlis apa, tunang, nikah, bersanding mahupun khatan, pasti ramai akan memilih tarikh tersebut kerana kata orang, ‘cantik’ tarikhnya.
Jika dilihat pada abjad sebegitu mungkin tidaklah begitu kelihatan istimewa namun jika pada nombor, begini bentuknya: 22/02/2022 atau mungkin ini, 22.02.2022 atau bahkan ini, 22022022.
Bertunjangkan nombor ‘dua’, tarikh ini sebenarnya ditunggu ramai kerana dikatakan hanya berlaku 200 tahun sekali, meskipun tiada bukti berhubung dakwaan itu.
Begitupun, apa yang pasti, buat anda yang hidup pada waktu ini, mana mungkin anda akan bertemu 22022022 pada tahun-tahun lain.
Maka, kerana istimewanya tarikh itu dan jatuh pula pada hari Selasa, rakyat di serata dunia mengucapkan “Happy TWOsday” pada hari ini, mengubah sedikit ejaan daripada perkataan “Tuesday”.
Menariknya, tarikh hari ini juga dikenali sebagai ‘palindrom’ yang bermaksud tarikh itu boleh dibaca tak kiralah dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri.
Kalau tidak percaya, anda boleh cuba sendiri!
Ia juga sebenarnya sama dengan ‘palindrom’ dalam perkataan dan kalau dalam bahasa Melayu, antara contohnya ialah - kapak, kakak, kayak, katak (popular, sering digunakan sejak kebelakangan ini).
Kalau bahasa Inggeris pula, antara contohnya ialah - racecar, madam, refer, level, civic.
Sebelum ini, tarikh palindrom berlaku pada 11 Januari 2011, yang mana ia menjadi 11/1/11 dan berikutnya ia akan berlaku lagi selepas 11 tahun iaitu pada 3 Mac 2033, menjadikan ia 3/3/33.
Begitupun, ia tidaklah secantik tarikh pada hari ini yang jika dibaca dari cara apa pun, ia tetap akan menjadi palindrom yang ‘paling sempurna’.
“Happy TWOsday” semua!
Ridauddin Daud
Tue Feb 22 2022
Tarikh 22 Februari 2022 menjadi tarikh amat unik apabila rakyat di serata dunia mengucapkan 'Happy TWOsday' pada hari ini, mengubah sedikit ejaan daripada perkataan 'Tuesday'. - Gambar Fail
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Disember 2024
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
‘Saya tunggu masa sesuai.’ – Bekas Bendahari Agung PN
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas lanjut berhubung peletakan jawatan beliau secara mengejut sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan bencana.
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Istimewanya 22022022, baca dari kiri atau kanan tetap sama tarikhnya!
Kerana istimewanya tarikh itu dan jatuh pula pada hari Selasa, rakyat di serata dunia mengucapkan "Happy TWOsday" pada hari ini.