BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang menggalas tanggungjawab untuk mengelolakan anak-anak istimewa yang telah dijanjikan syurga oleh Allah.
Begitulah hal sebegini yang sering dilalui oleh pelakon Zarina Zainuddin yang sering berkongsi cara dia menguruskan dua anak sulungnya, Muhammad Razil Azrai atau Azil yang menghidap autisme.
Terbaharu, menerusi laman Instagram, Zarina berkongsi bagaimana dia menenteramkan keadaan Azil yang sedang dalam tantrum.
Menerusi perkongsiannya juga, Zarina turut berharap ia dapat membuka mata ibu bapa yang juga memiliki anak autisme agar lebih bersabar dan menjalani kehidupan seharian.
“Salam Zohor. Bila dengar azan... Azil terus berlari masuk ke bilik saya dan stop tantrum sekejap.
“Kalau dia tengah mengamuk, saya pun tak boleh masuk dalam bilik dia. Dia seperti nak lepaskan amarah dia tanpa ada orang tengok dia.
“Saya harap dan doakan juga buat ibu bapa yang ada anak autisme ni agar lebih banyak bersabar kerana hanya ibu bapa yang mereka ada di dunia ini untuk mereka lepaskan nasib mereka, bicara hati mereka yang tanpa suara.
“Lihat mata anak kita jika kita marah sekalipun. Istighfar banyak-banyak. Ini ujian buat kamu wahai ibu bapa. Allah nak bagi Syurga dan ia bukan percuma,” tulis Zarina dalam nada yang sayu.
Melihat pada komen-komen pengikutnya, ramai yang meninggalkan respons positif dan memuji kesabaran Zarina dalam membesarkan anaknya.
“Masha-Allah kuatnya kak. Semoga Allah kurniakan syurga buat kakak dan ibu bapa yang menjaga anak autisme. Amin,” tulis pelakon Lufya.
“Tantrum anak normal dan anak autisme, lain cara handle. Saya doakan Kak Zarina kuat tabah menghadapi hari-hari. Insya-Allah syurga buatmu dan anak-anak,” tulis seorang pengikut pula.
Azil yang kini berusia 26 tahun memiliki seorang lagi kembar lelaki bernama Azal yang juga merupakan seorang penghidap autisme.
Gempak
Tue Feb 01 2022
Menerusi Instagram, Zarina berkongsi bagaimana dia menenteramkan keadaan Azil yang sedang dalam tantrum. - Foto Astro GEMPAK
Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
Ibu Zarina Zainuddin meninggal dunia
Berita duka itu dikongsi Zarina di Instagram (IG) yang memaklumkan ibu tersayang menghembuskan nafas terakhir selepas waktu Subuh tadi.
Zarina Zainuddin kasihan kalau kurung anak
Zarina berpandangan, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh penjaga kerana ia dilihat seolah-olah menyeksa mereka.
'Ibu tak pandai, biarlah anak pandai' – Anak Zarina Zainuddin raih keputusan SPM 6A
Menurut Zarina, anaknya itu memperoleh gred A dalam enam mata pelajaran dan dua B.
'Ini bukan filem My Name Is Khan' - Netizen luah pandangan isu kahwin anak Zarina Zainuddin
Menerusi perkongsian yang dibuat di Instagram, Zarina turut memanjangkan harapannya supaya wanita yang bakal bergelar menantunya itu dapat memberikan kasih sayang, menjaga makan minum dan ikhlas
'Jodoh mungkin tak ada di dunia, kat sana nanti dapat bidadari' - Zarina Zainuddin
Zarina mengakui anak nombor dua dari empat beradik ini sememangnya ada keinginan untuk berkahwin.
Jalani pembedahan hidung? Ini penjelasan Zarina Zainuddin...
"Lepas saya bedah dan buang cecair saya repair la hidung saya sikit"
Hidup bermadu hampir 30 tahun, Zarina minta izin kahwin suaminya dengan isteri pertama
Zarina yang juga Datuk Seri Raihan kongsi kisah hidup sebagai isteri nombor dua.
Kalau dia tengah mengamuk, saya pun tak boleh... - Zarina Zainuddin kongsi cara tenteramkan anak autistik
Begitulah hal yang sering dilalui Zarina yang sering berkongsi cara dia menguruskan dua anak sulungnya yang menghidap autisme.
27 tahun bermadu, Zarina Zainuddin pesan wanita jadi isteri muda: "Bukan masa senang je tempel, masa susah kau cabut"
Berkahwin dengan suami orang perlu persiapkan diri dengan mental yang kuat untuk berkongsi kasih, nasihat Zarina Zainuddin.
'Azil dah boleh makan' - Anak Zarina Zainuddin selamat jalani pembedahan hidung
Dalam satu entri di Instagramnya beberapa hari lalu, Zarina Zainuddin berkongsi tentang keadaan anaknya Azil. Menurut Zarina, dia mendapat mesej daripada suaminya tentang Azil yang sukar bernafas.