awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kampung ini atasi ketagihan gajet dengan batu seremban, congkak dan ketingting

Agensi
Agensi
02/03/2018
09:14 MYT
Kampung ini atasi ketagihan gajet dengan batu seremban, congkak dan ketingting
Kanak-kanak diberikan pelbagai kemudahan supaya mereka aktif beriadah dan kurangkan penggunaan gajet. sumber- KOMPAS
Pada era kini, kanak-kanak terlalu terdedah kepada kemajuan teknologi hingga mengubah gaya hidup mereka.
Semenjak kecil, mereka sudah tahu menggunakan telefon pintar untuk melayari internet atau bermain permainan video hingga melalaikan mereka.
Akan tetapi, terdapat sebuah kampung di Indonesia, Kampung Joho, Jawa Tengah, penduduknya menyediakan pelbagai kemudahan kepada kanak-kanak untuk menjauhi gajet dan bermain permainan tradisional.
Idea yang bernas!
Selain daripada menyihatkan tubuh badan, inisiatif ini dapat mengekalkan tradisi permainan tradisional dan menambah baik sistem sosial dalam masyarakat itu.
Pelbagai peralatan dan tempat disediakan kepada kanak-kanak untuk bermain sembunyi-sembunyi, batu seremban, congkak, dan ketingting.
Bukan itu sahaja, beberapa jalan di kawasan kampung ditutup pada hari minggu bermula jam 3 petang hingga 5 petang.
Kaedah ini ternyata memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk beriadah serta mampu mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
“Jalan-jalan kampung ditutup supaya motosikal atau kereta tidak boleh masuk. Mereka dibiarkan bermain tanpa sebarang gajet,” kata seorang penduduk kampung, Yunus Ariseno.
Tambahnya, penduduk kampung turut menyambut baik idea tersebut kerana kanak-kanak dapat bermain dengan selamat.
Di tempat permainan itu juga, pelbagai lukisan mural mewarnai tembok kawasan tersebut bagi menceriakan suasana.
Antara lukisan yang mewarnai kawasan itu ialah Presiden Indonesia, Joko Widodo, beberapa bekas Presiden Indonesia, dan juga lukisan berbentuk pendidikan dan kerja-kerja amal.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Internet
#Jawa Tengah
#Kanak-kanak
#ketagihan gajet
#permainan tradisional
#permainan video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan