Rawatan kanser payudara tidak perlu melibatkan pembedahan membuang keseluruhan payudara jika ia dapat dikesan lebih awal sekaligus menyelamatkan nyawa.
Kanser payudara dapat dikesan diperingkat awal dengan pemeriksaan sendiri yang perlu dilakukan sebulan sekali dengan menggunakan pendekatan lihat, rasa dan respon.
Menurut Pakar Perunding Pembedahan Payudara dan Onkoplastik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Suniza Jamaris, pemeriksaan dilakukan bagi mencari keganjilan pada rupa bentuk atau ketulan pada payudara.
"Selain itu, keadaan puting yang tertarik ke dalam, ulser atau lelehan pada puting juga merupakan petanda terdapat sel kanser pada payudara dan perlu mendapatkan rawatan segera," katanya.
BACA: Pakai bra ketat boleh sebabkan kanser payudara ? Ini penjelasan pakar
BACA: Ini bentuk rawatan kanser payudara
Mengulas lanjut, Dr Suniza berkata, rawatan kanser payudara tidak perlu melibatkan pembuangan payudara jika ia dikesan lebih awal.
"Jika kita kesan lebih awal, kanser payudara itu masih kecil kita boleh membuang ketulan saja, atau dipanggil Lumpectomy, manakala rawatan buang keseluruhan payudara atau tisu yang mempunyai sel barah dipanggil Mastectomy," katanya lagi.
Beliau ketika ditemubual dalam program AWANI Pagi sempena bulan kesedaran kanser payudara yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun.
Hakim Rahman
Sat Oct 05 2019
Bulan Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pembunuh nombor satu wanita. - Gambar hiasan/Pexel
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Kanser payudara: Amalan 'lihat, rasa dan respon' mampu selamatkan nyawa
Rawatan kanser payudara tidak perlu melibatkan pembedahan membuang keseluruhan payudara jika ia dapat dikesan lebih awal sekaligus menyelamatkan nyawa.