awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#kayuhansolowakaf kumpul dana RM50,000

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
15/09/2015
12:34 MYT
#kayuhansolowakaf kumpul dana RM50,000
Dana yang dikumpul daripada #kayuhansolowakaf akan disalurkan kepada Sekolah Rendah Islam Al-Anwar.
Penulis, pelukis dan penulis lirik, Buddhi Hekayat atau nama asalnya, Hasmi Hashim akan memulakan kayuhan solo wakaf pada Rabu, 16 September ini bagi mengumpul dana RM50,000.
Dana itu akan disalurkan kepada Sekolah Rendah Islam Al-Anwar yang akan memasuki premis baharu bagi meneruskan pembelajaran murid-muridnya.
Bangunan baharu itu merupakan tinggalan sebuah kolej yang lengkap dengan bilik pembelajaran, yang mana ia lebih sempurna daripada sekolah sedia ada dan jumlah tersebut perlu dijelaskan sebelum 28 September ini.
"Sekiranya wang pendahuluan itu gagal dilunaskan pada tarikh berkenaan, maka pihak sekolah akan kehilangan kesempatan untuk mendapatkan bangunan dan bilik darjah yang siap sedia.
"Kos untuk pengubahsuaian bilik darjah baru di bangunan lain akan lebih memakan kos yang tinggi", katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI.
Kayuhan solo wakaf tersebut akan mengambil masa tiga hari dari 16 hingga 18 September bermula dari sebuah pekan kecil di Sempadan Negeri Sembilan-Selangor iaitu Sungai Pelek.
Kayuhan itu akan turut melalui beberapa pekan dan bandar kecil melibatkan Tanjung Sepat dan Banting sebelum tiba ke destinasi sekolah tersebut di Putra Height pada petang 18 September.
Jumlah terkini kutipan dana akan diumumkan melalui akaun twitter, @HasmiHashim dan Facebook Hasmi Hashim di sepanjang kayuhan.
"Sekiranya jumlah yang terkumpul melebihi seperti mana yang disasarkan, lebihan berkenaan akan disumbangkan pula ke Sekolah Tahfiz Al-Bayan, yang diselenggara oleh Amy Search yang terletak di Denai Alam, Shah Alam," ujarnya lagi.
Sumbangan tunai atau cek boleh disalurkan terus ke akaun Sekolah Rendah Islam Al-Anwar di akaun Bank Hong Leong: 22100003950.
Beliau berharap kayuhan tersebut bukan hanya dapat mengumpul dana kepada kedua-dua sekolah, tetapi juga menimbulkan kesedaran awam betapa pentingnya pendidikan kepada generasi akan datang.
Topic Berkaitan
##kayuhansolowakaf
#buddhi hekayat
#Hasmi Hashim
#Sekolah Rendah Islam Al-Anwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan