awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kegigihan peniaga warga emas buta jual minyak atar dapat perhatian netizen

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/09/2016
03:36 MYT
Kegigihan peniaga warga emas buta jual minyak atar dapat perhatian netizen
Pakcik Zainal menggunakan kudratnya untuk membawa barang jualannya yang dianggarkan mempunyai berat tidak kurang daripada 30 kilogram, ke merata tempat.Foto/Facebook Mohd Radzi Jamaluddin
JIKA sebelum ini rakyat Malaysia sudah membuktikan sifat pemurah dan dengan pantas menghulurkan bantuan apabila tersiar menegnai seorang peniaga patung mainan warga emas ditipu, ini satu lagi peluang untuk kita berbakti kepada anggota masyarakat yang memerlukan.
Seorang pengguna Facebook, Mohd Radzi Jamaluddin, memuat naik satu status berserta gambar seorang peniaga, juga warga emas, yang gigih mengerah tenaga mencari rezeki menjual minyak atar, biarpun cacat penglihatan.
Cerita Radzi, peniaga itu, Zainal Ibrahim, sudah 20 tahun menjalankan perniagaannya di sekitar Lembah Klang.
Tidak mempunyai lokasi khusus untuk menjalankan perniagaan, Zainal hanya menggunakan kudrat tulang empat keratnya untuk membawa barang niaganya yang dianggarkan seberat tidak kurang daripada 30 kilogram, ke merata tempat.
Difahamkan, Zainal yang berasal dari Temerloh, Pahang, cacat penglihatan sejak lahir.
Zainal, kata Radzi, tidak mempunyai tempat tinggal, sebaliknya hanya menumpang tidur di surau dan masjid dan menggunakan perkhidmatan awam untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi.
Radzi juga ada berkongsi talian telefon yang boleh dihubungi orang ramai, jika mahu menghulurkan bantuan atau mendapatkan barangan jualan Zainal.
Topic Berkaitan
#Facebook
#laman sosial
#minyak atar
#Mohd Radzi Jamaluddin
#viral
#Zainal Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan