Putera Albert dari Monaco dan kakak-kakak beliau menyatakan filem biografi dibintangi Nicole Kidman sebagai ibu mereka, Grace Kelly merupakan fiksyen dan hanya penuh glamer semata-mata.

Menurut kenyataan Putera Albert II dan Puteri Caroline and Stephanie, skrip filem tersebut tidak memaparkan kejadian yang sebenar mengenai bintang Hollywood tersebut yang berkahwin dengan Putera Rainier III Monaco pada1956.

“Filem tersebut memberitahu suatu cerita yang ditulis semula dan glamer yang mempunyai babak sejarah yang tidak tepat, penuh dengan fiksyen,” keluarga diraja itu berkata.

Kenyataan tersebut juga mengatakan keluarga diraja melihat skrip filem dan telah meminta beberapa perubahan tetapi tidak diambil kira.

"Grace of Monaco" diarah oleh pengarah Perancis Olivier Dahan, memaparkan Kidman and aktor British Tim Roth sebagai Putera Rainier.

Ia memberi tumpuan kepada tempoh enam bulan tahun 1962 di mana Monaco menghadapi masalah cukai dengan Perancis dan Alfred Hitchcock memberi Kelly peluang untuk kembali berlakon.

Pengambaran d lakukan sepanjang bulan September dan Disember di Monaco, Itali dan selatan Perancis.

Penerbit filem Pierre-Ange Le Pogam memberitahu AFP, penerbitan merupakan kerja fiksyen dan mengesahkan keluarga diraja telah dirunding.

“Pihak diraja memang tahu tentang skrip dan beberapa perubahan telah diminta. Kami mengambil kira kebanyakan permintaan tetapi bukan semua.”

“Filem ini tidak berdasarkan prinsip cerita yang sebenar,” dia berkata.