awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesatria Challenge: Usaha lahirkan pemanah berkuda di Sabah

Awani Rangers UMS
Awani Rangers UMS
08/12/2017
01:01 MYT
Kesatria Challenge: Usaha lahirkan pemanah berkuda di Sabah
Kesastria Challenge 2017 jadi medan lahirkan pemanah berkuda di Sabah. - Foto Astro AWANI / Muhammad Asnawie
Kelab Memanah Kesatria telah mengadakan pertandingan memanah Kesatria Challenge pada awal bulan lalu di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Pertandingan ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan memanah tradisional, memanah berkuda dan memanah kompaun dalam kalangan ahli-ahlinya.
Presidennya Md. Suhaimi Sapiee berkata pertandingan itu selaras dengan hasrat untuk melahirkan pemanah-pemanah berkuda pada masa akan datang.
"Hari ini kita berdiri sebagai seorang yang hebat dalam memanah tetapi mungkin esok kita terlantar sebagai jenazah , justeru memanahlah kerana ianya sunnah, bukannya niat yang menjadikan kita menjadi punah," katanya ketika ditemui Awani Rangers.
Kesatria Challenge 2017 juga dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Datuk Dr. D. Kamaruddin D. Mudin.
Kesastria Challenge 2017
Kesastria Challenge 2017 turut membabitkan penyertaan dari Brunei
Menurut beliau, matlamat utama program itu dijalankan adalah untuk membina jambatan penghubung yang akrab antara para pemanah seluruh Malaysia dengan pemanah tradisional di negeri Sabah .
Seramai 73 peserta yang menyertai Kesatria Challenge yang datang dari negara Terengganu, Melaka, Pahang, Sarawak termasuk Brunei.
Sebanyak empat kategori dipertandingkan membabitkan kategori tradisional lelaki, tradisional wanita, Barebow lelaki, dan juga kategori junior.
____________________________________________________________________________________
*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers , Muhammad Asnawie , Muhammad Asyraf Firdaus dan Muhd Izzuddin Adam dari Universiti Malaysia Sabah.
**Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
***Awani Rangers UMS ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Topic Berkaitan
#AWANI Rangers
#AWANIRangers
#Md Suhaimi Hj Sapiee
#Muhammad Asnawie
#Muhammad Asyraf Firdaus
#Muhd Izzuddin Adam
#PROF DATUK DR D KAMARUDIN D MUDIN
#UMS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan