Kini Trending menyorot cerita-cerita menarik di laman sosial hari ini antaranya:-


#5 JANGAN SEDIH, RAYA PATUT 'HAPPY-HAPPY'

Setiap kali menjelang Syawal, pastinya banyak iklan raya yang menyentuh perasaan akan mula di siarkan di saluran arus perdana mahupun di dunia maya.

Trending di Youtube mulai dua hari lepas adalah iklan raya yang paling sedih terbitan Pop Tee Vee.

Jika anda perhatikan, penerbitan video berdurasi 4.30 minit itu dirakam dengan satu rakaman sahaja.

123

#4 FACEBOOK NAK TIRU TWITTER LAGI?

Facebook sebelum ini telah mengintegrasikan beberapa fungsi seumpama Twitter pada perkhidmatan mereka dan terbaru dilaporkan pihak Facebook akan mula mewujudkan sokongan ‘Trending Topics’.

Menurut laman web AllThings.com, Facebook telah menguji fungsi trending topics pada Facebook versi mudah alih di peranti pintar namun terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja.

Seperti biasa, melalui trending topics ia akan membolehkan para pengguna mengetahui sesuatu topic hangat yang dibincangkan pengguna pada setiap masa dan ketika.


#3 ACU SENAPANG DI STARBUCKS

Pasti anda terkejut tiba-tiba di acu pistol apabila beratur untuk membeli minuman di Starbucks.

Di Seattle, ianya adalah perkara biasa kerana tarikh 9 Ogos ditetapkan sebagai hari menghargai pelanggan Starbucks yang mempunyai senjata api.

Hari istimewa ini dianjurkan oleh kumpulan Advokasi senjata api di Facebook yang mempunyai lebih 234000 likes dan followers.

Lebih 3000 ahli kumpulan facebook tersebut bersetuju untuk menyartai hari menghargai pelanggan Starbucks dengan membawa senjata api masing-masing.


#2 PERCY JACKSON SAINGI 'THE CONJURING'

Selain ‘The Conjuring’ yang masih trending sehingga kini, turut trending di Twitter adalah filem sekuel Percy Jackson, Sea Of Monsters.

Kali ini Percy mendapati dia mempunyai seorang adik yang juga separa dewa sepertinya bernama Tyson.

Filem ini adalah bedasarkan kepada novel k-dua tulisan Rick Riordan yang diterbitkan pada tahun 2006.


#1 F.C. BARCELONA NAK STADIUM SHAH ALAM

Perlawanan bola sepak persahabatan antara harimau Malaya dan Fc Barcelona yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil ditukar ke Stadium Shah Alam.

Pertukaran lokasi perlawanan dilakukan di saat akhir bagi memenuhi permintaan pasukan pelawat.

Serentak dengan itu, pelbagai reaksi peminat membanjiri Twitter, masing-masing menyuarakan pendapat kurang senang terhadap pertukaran lokasi perlawanan ini.

Untuk mengetahui lebih banyak tumpuan menarik di laman media sosial, jangan lupa saksikan Kini Trending, setiap hari jam 8.15 malam dan ulangan pada 11.45 malam di Astro Awani.