KUALA LUMPUR: Industri fesyen tanah air kembali meriah menerusi penganjuran Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang kali ini tampil dengan kelainan menggabungkan fesyen dan warisan.
KLFW edisi kesembilan itu bukan sahaja menjadi platform meraikan bakat pereka tempatan, malah menghidupkan semula pameran tekstil Malaysia, Thread of Heritage.
Pengasas KFLW Andrew Tan berkata, pameran yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap fabrik tempatan sekali gus menghargai keindahan, keunikan dan sejarah warisannya itu, disokong oleh rakan bank rasmi KLFW, AmBank Malaysia.
"Pameran tahun ini menampilkan koleksi Cheminahsayang. Koleksi ini amat istimewa kerana ia merupakan rekaan batik blok tangan karya Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan dikeluarkan secara eksklusif oleh Yus daripada Kakee Batik.
"Setiap karya merangkumi keindahan menakjubkan pembuatan corak dan warisan batik Malaysia," katanya pada pelancaran media KLFW 2021 baru-baru ini.
Tan berkata bagi memupuk kecintaan lebih mendalam terhadap industri fabrik tempatan, pihaknya turut berkolaborasi dengan Taylor's University dan Barbie Mattel bagi Projek Patung, iaitu satu inisiatif baharu yang mengetengahkan kekayaan budaya dan warisan Malaysia, sekali gus sebagai sebahagian usaha memelihara seni dan kraf pelbagai etnik yang terdapat di negara ini.
"Projek ini membabitkan pelajar Teknologi Rekaan Fasyen dari Taylor' University yang bakal tampil dengan rekaan pakaian 12 patung Barbie berasaskan kepada empat tema perincian iaitu Manik Nyonya, Sulam Tekat, Kaligrafi dan Inai. Hasil karya seni mereka akan dipamerkan di KLFW," katanya.
Sementara itu, KLFW 2021 akan menampilkan 48 pereka tempatan bagi koleksi sedia untuk dipakai yang diperagakan secara digital dan bersemuka dari 1 hingga 7 Nov ini di Pavilion Kuala Lumpur.
Tan berkata ketika negara berada dalam tempoh peralihan daripada fasa pandemik COVID-19 kepada endemik, KLFW telah bersedia untuk memperkenalkan semula trend fesyen terbesar dan terbaharu kepada rakyat Malaysia melalui acara fesyen terbesar pernah dilakukannya.
"Kita telah menempuh keadaan yang tidak menentu. Bagaimanapun, sebagaimana krisis-krisis lain sebelum ini, kali ini juga kita mampu lalui. Walaupun perjalanan untuk pemulihan tidak mudah, dengan bersatu kita akan tampil lebih kuat.
"Saya rasa terharu melihat pereka-pereka yang bersama kami untuk KLFW 2021 menunjukkan ketahanan mereka, mencorak semula perniagaan masing-masing dan menjadikan proses dalaman lebih efektif dengan mewujudkan tempat kerja yang lebih lancar dan cekap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021
Menurut Andrew Tan, KLFW edisi kesembilan itu bukan sahaja menjadi platform meraikan bakat pereka tempatan, malah menghidupkan semula pameran tekstil Malaysia, Thread of Heritage. - Bernama
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB - Mugilaan
Komuniti India dinasihat perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
Imigresen Perak gempur pelacur warga asing, 24 ditahan
Serbuan dibuat berdasarkan hasil pemantauan dan risikan yang telah dijalankan oleh Unit Risikan JIM di kesemua lokasi tersebut.
KLFW 2022 kembali untuk edisi kesepuluh bermula 17 Ogos
Edisi ke-10 KLFW itu bertujuan terus mengenal pasti penyelesaian dan menimbangkan cara untuk membantu industri fesyen Malaysia
KLFW 2021 gabungan fesyen dan warisan
KLFW edisi kesembilan itu bukan sahaja menjadi platform meraikan bakat pereka tempatan, malah menghidupkan semula pameran tekstil Malaysia.
KL Fashion Week 2020 secara dalam talian bermula esok sehingga 13 Nov
Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2020 akan dijayakan sepenuhnya secara digital bermula esok sehingga 13 November menerusi platform dalam talian.
Gaya dan kejutan! Ini 5 trivia KLFW 2019 yang anda perlu tahu
Sebelum anda hadir ke acara berprestij ini, Astro AWANI akan kongsikan lima perkara menarik mengenai KLFW 2019.
Pentas KLFW kembali, fokus kepada pereka fesyen tanah air - Pengasas KLFW
Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kini kembali buat tahun ketujuh bagi meraikan bakat-bakat pereka fesyen Malaysia.
"Maaf bro, tak perasan" - Ismail Izzani jawab tuduhan acah tahap dewa
Kata Ismail, dia tidak menyedari pelawaan jurugambar itu ketika mahu membidik fotonya di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 berlangsung 8-12 Ogos ini
Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kini bersedia menerima kunjungan peminat dan pemain industri fesyen tempatan.
Model bukan satu kerjaya yang mudah - Tinie
Supermodel Tinie membicarakan tentang apa masyarakat tidak tahu mengenai realiti kerjaya seorang peragawati.