awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LADA Special Deals bersama MAG jadikan Langkawi tumpuan akhir tahun

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
01/10/2025
12:15 MYT
LADA Special Deals bersama MAG jadikan Langkawi tumpuan akhir tahun
Taman Geoforest Marmar Dayang Bunting 2. - Foto LADA
LANGKAWI: Pulau Legenda, Langkawi, bukan sekadar terkenal dengan pantai mempesona dan status UNESCO Global Geopark, malah kini tampil dengan tawaran istimewa yang pastinya menggamit pelancong.

Ringkasan AI
  • Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melancarkan kempen Langkawi Special Deals dengan kerjasama Malaysia Aviation Group (MAG), menawarkan pelbagai pakej menarik termasuk diskaun sehingga 70 peratus untuk tarikan pelancongan, hotel, pengangkutan dan pusat beli-belah bebas cukai di pulau itu.
  • Langkawi Special Deals adalah contoh promosi strategik dan kolaborasi inovatif yang dapat merangsang ekonomi tempatan.
  • Kempen ini menghimpunkan tawaran eksklusif daripada lebih 29 penyedia perkhidmatan termasuk kereta kabel, sunset cruise, kedai bebas cukai dan penginapan bertaraf antarabangsa.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melancarkan kempen “Langkawi Special Deals” dengan kerjasama Malaysia Aviation Group (MAG), menawarkan pelbagai pakej menarik termasuk diskaun sehingga 70 peratus untuk tarikan pelancongan, hotel, pengangkutan dan pusat beli-belah bebas cukai di pulau itu.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, yang merasmikan pelancaran itu berkata, ketika negara semakin menghampiri Tahun Melawat Malaysia 2026, kerajaan komited memastikan sektor pelancongan terus berkembang.
“Langkawi Special Deals adalah contoh promosi strategik dan kolaborasi inovatif yang dapat merangsang ekonomi tempatan,” jelasnya.
Antara lokasi tumpuan pelancong, Sky Bridge. Foto LADA
Antara lokasi tumpuan pelancong, Sky Bridge. Foto LADA
Menerusi kerjasama ini, MHholidays, cabang pelancongan Malaysia Airlines, akan menawarkan pakej penerbangan dan hotel eksklusif dengan penjimatan sehingga RM400. Turut melengkapi tawaran tersebut ialah platform Journify yang memberikan rebat tambahan RM30 untuk lawatan dan tarikan di Langkawi. Promosi ini akan berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus menegaskan pentingnya menyatukan pemain industri pelancongan di Langkawi.
“Langkawi Special Deals menjadi platform kolaborasi yang menyeluruh. Sasaran kita jelas untuk menjadikan Langkawi salah satu destinasi pulau paling menarik di dunia, dengan tawaran premium pada harga berbaloi,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Loyalty & Travel Services, MAG, Philip See, berkata sebagai destinasi ikonik dan hab utama dalam rangkaian, Langkawi adalah lokasi signifikan.
“Melalui MHholidays dan Journify, kami bukan sekadar memberi nilai berbaloi, tetapi pengalaman perjalanan premium yang lancar, diperkaya dengan keramahan orang Malaysia,” katanya.
Langkawi Sky Cab tidak asing lagi dalam kalangan pelancong yang ingin menikmati pemandangan pulau secara meluas. - Foto LADA
Langkawi Sky Cab tidak asing lagi dalam kalangan pelancong yang ingin menikmati pemandangan pulau secara meluas. - Foto LADA
Kempen ini menghimpunkan tawaran eksklusif daripada lebih 29 penyedia perkhidmatan termasuk kereta kabel, sunset cruise, kedai bebas cukai dan penginapan bertaraf antarabangsa. Dengan pakej lengkap sebegini, pelancong berpeluang menikmati pengalaman terbaik Langkawi tanpa membebankan bajet.
Langkawi Special Deals dijangka menjadi sorotan tahunan sekali gus mengangkat lagi kedudukan pulau itu sebagai hab pelancongan negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, layari laman rasmi www.naturallylangkawi.my atau ikuti kemas kini di media sosial Naturally Langkawi.
Topic Berkaitan
#LADA
#MAG
#Destinasi pelancongan
#Langkawi
#Langkawi Special Deals
#UNESCO Global Geopark
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan