awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larian bertemakan Ireland-Malaysia bukan bertujuan kompetitif

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
26/02/2018
14:57 MYT
Larian bertemakan Ireland-Malaysia bukan bertujuan kompetitif
Majlis pelancaran Larian Shamrock 2018 turut dimeriahkan dengan kehadiran pasangan romantis, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak (kanan). - Astro AWANI/Siti Nursyazwani
Tidak menerapkan nilai kompetitif sebaliknya menekankan kebersamaan serta gaya hidup sihat bersama rakan dan keluarga adalah objektif utama Larian Shamrock 2018.
Namun apa yang lebih menarik adalah kreativiti perserta ketika menyertai larian tersebut nanti, kata Presiden Persatuan Alumni Pelajar Ireland di Malaysia (MIAA), Hafidz Zihim.
"Hadiah akan diberikan kepada peserta yang berpakaian menarik serta melambangkan budaya Ireland dan Malaysia, mungkin seperti bertanjak yang berhiaskan bunga Shamrock yang juga bunga rasmi negara Ireland.
"Ia bertujuan untuk memperkenalkan budaya Ireland kepada masyarakat kita. Mana tahu suatu hari nanti mereka berpeluang untuk merantau ke negara itu seperti saya yang dahulunya belajar di sana," katanya kepada Astro AWANI selepas majlis pelancaran Larian Shamrock edisi ke-4 di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, pasangan romantis Vanidah Imran dan Rashidi Ishak turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut.
Ketika ditemui Astro AWANI, mereka menyatakan keterujaan mereka untuk turut serta dalam program larian tersebut.
"Kami teruja untuk turut serta dalam Larian Shamrock 2018 ini kerana ia merupakan larian yang tidak kompetitif.
"Ia sememangnya bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat kita," kata Vanidah.
Larian Shamrock 2018 dianjurkan oleh MIAA dengan kerjasama Kedutaan Besar Ireland di Malaysia dan disokong oleh O'Briens Irish Sandwich and Cafe.
Larian ini akan diadakan di Stadium UM Arena, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada Sabtu, 31 Mac 2018.
Kategori larian adalah 10km terbuka untuk lelaki dan perempuan berusia 18 tahun ke atas.
Kategori kedua adalah 5km terbuka kepada lelaki dan perempuan berusia lima tahun ke atas.
Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian melalui www.ticket2u.com.my/event/10537/shamrock-run-2018.
Topic Berkaitan
#Hafidz Zihim
#Ireland
#lari
#Larian Shamrock 2018
#Malaysia
#O Briens Irish Sandwich and Cafe
#Persatuan Alumni Pelajar Ireland di Malaysia
#rashidi ishak
#vanidah imran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan