PORT DICKSON: Pereka fesyen Hatta Dolmat sekali lagi akan tampil dengan kelainan tersendiri mengayakan koleksi fabrik yang dihasilkan daripada sisa plastik bersempena KL Fashion Week 2022 Ogos ini.
Hatta berkata sebagai persiapan bagi pementasan pertunjukan fesyen itu nanti, seramai tujuh finalis Miss Universe Malaysia 2022 turut bersama-sama menjayakan kempen melestarikan alam sekitar membersihkan pantai dengan mengutip sisa plastik di sekitar pantai Port Dickson menerusi program Ocean'Us Sustainable Ecotourism Beach Clean Up 2022.
Beliau berkata program anjuran kali kedua bersama Ocean Hero Conservation itu bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan fesyen dalam melestarikan alam sekitar bagi mengurangkan pembuangan sisa plastik di kawasan pantai.
"Sebelum ini koleksi yang saya cipta lebih menyasarkan golongan muda, tapi kali ini kita akan bawakan pembaharuan yang lebih segar dan mesra semua peringkat umur terutamanya golongan dewasa dan korporat.
"Hasil kutipan semalam kami dapat mengumpul dan mengasingkan sembilan guni bersaiz besar berisi 96 sisa botol plastik dan terdapat juga sisa lain seperti styrofoam, pelitup muka dan lain-lain. Anggaran 14 meter kain dapat dihasilkan daripada 96 botol plastik yang diperoleh," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata sisa botol plastik yang dikumpulkan pada program tersebut akan disusun, kemudian dipilih sebelum dihantar kepada KLOTH Cares untuk diproses menjadi fabrik.
Katanya, antara produk yang dapat dihasilkan adalah pakaian lengkap, beg, kasut, topi dan sebagainya.
"Bagi golongan korporat, saya akan menghasilkan pakaian yang bersesuaian untuk mereka seperti blazer, kasut dan pelbagai lagi yang lebih 'high fashion' menggunakan fabrik kitar semula ini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata inisiatif program seperti ini dapat merancakkan ekonomi pelancongan negara kerana trend masyarakat kini yang lebih mementingkan kebersihan alam sekitar.
"Malaysia terkenal dengan ekopelancongan. Program kesedaran seperti ini penting kepada masyarakat agar sektor pelancongan negara dapat dipertingkatkan," katanya.
Iskandar Mirza berkata Tourism Malaysia sedang giat mempromosikan pakej pelancongan negara ini ke India dan negara-negara Asia Barat sebagai usaha meningkatkan semula sektor itu.
"Ia selaras dengan sasaran dua juta pelancong asing yang dijangka melawat negara pada tahun ini. Kedatangan pelancong luar untuk bercuti ke negara ini juga semakin bertambah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022

Hamzah (tiga, kanan)bergambar bersama Miss Universe Malaysia 2022 selepas melakukan kutipan sisa sampah yang boleh dikitar semula di sekitar persisiran pantai sempena program 'Beach Clean-Up, Road To KL Fashion Week 2022, pada Rabu. - Foto BERNAMA

Banjir Baling: Lima LRA beroperasi sepenuhnya - SADA
Tempoh gangguan dan bekalan air di kawasan terkesan adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air.

Public Bank naikkan kadar asas sebanyak 0.25 peratus mulai Jumaat
BR Public Bank akan dinaikkan kepada 2.77 peratus manakala BLR/BFR dinaikkan kepada 5.97 peratus.

Musim Haji 1443H | Ibadah Wukuf: Jemaah haji akan berangkat ke Arafah hari ini
Jemaah haji akan berangkat ke Arafah hari ini untuk melaksanakan rukun haji iaitu wukuf. Kemudian akan melaksanakan wajib haji dengan bermalam di Muzdalifah, seterusnya bergerak ke Mina untuk melakukan lontaran Jamrah Kubra serta bermalam di sana. Editor Astro AWANI, Nazri Kahar dan Jurukamera Ruzi Mat Saman berkesempatan membuat liputan di Masjidil Haram menjelang hari wukuf.

Nazri Aziz diundang ulas isu UMNO menjelang PRU15 di Yusof Ishak Institute minggu depan
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diundang ke Yusof Ishak Institute di Singapura bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan UMNO dan cabarannya berdepan PRU15.

AWANI Ringkas: Insiden di plaza tol LDP

Penganalisis ramal OPR boleh cecah 3.0 peratus pada 2023
Majoriti daripada mereka juga berpendapat kenaikan kadar akan berterusan untuk baki tahun ini di tengah-tengah peningkatan inflasi.

Rancangan Selangor Pertama: Bukan mahu dabik dada, tunjuk hebat - Amirudin
Rancangan itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan direncana dengan lebih terperinci.

Jenayah | Suami isteri ditemukan dibunuh di rumah sendiri
Sepasang suami isteri ditemukan mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka dekat Taman Bercham Aman, Ipoh, pagi tadi. Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun ditemukan di ruang tamu rumah berkenaan.

Aidiladha | Peniaga diingatkan tak ambil kesempatan naik harga
Peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam dan telur meskipun mendapat permintaan yang tinggi menjelang Aidiladha nanti. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata peniaga tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian selain perlu patuh kepada harga siling RM9.40 yang ditetapkan.

Rakyat Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung pagi ini
Peguamnya Too Xing Ji mengesahkan yang Kalwant telah menjalani hukuman.

Lestarikan alam sekitar menerusi fesyen - Hatta Dolmat
Hatta Dolmat sekali lagi tampil dengan kelainan tersendiri mengayakan koleksi fabrik yang dihasilkan daripada sisa plastik bersempena KL Fashion Week 2022 Ogos ini.

Bakal berkahwin, pereka fesyen Rizman sambut parti bujang atas kapal mewah The Ocean 7
Tahniah!