Majikan boleh memainkan peranan penting membantu pekerja mereka menangani stres di tempat kerja dengan memperbaiki kandungan kerja dan menyusun semula waktu bekerja, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata penekanan di peringkat organsiasi adalah perlu untuk mengubah amalan bekerja termasuk mengkaji serta mempraktikkan amalan terbaik untuk mengurangkan tekanan pekerja.
Menurutnya, berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dikendalikan kementerian itu pada 2015 mendapati prevalen masalah kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam adalah 24.6 peratus, lebih rendah berbanding pekerja swasta iaitu 29.3 peratus.
"Masalah kesihatan mental berlaku apabila seseorang individu mengalami gangguan emosi atau perasaan yang boleh menyebabkan fungsi kehidupan sehari-hari terganggu tetapi tidak sampai kepada tahap penyakit mental seperti stres, keresahan dan kemurungan harian.
"Pekerja juga digalakkan meningkatkan interaksi dan perhubungan sesama rakan sekerja untuk mengurangkan risiko tekanan semasa bekerja," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Dr Lee berkata kementerian itu melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menangani masalah tekanan mental dalam kalangan penjawat awam antaranya program Akrab atau Rakan Pembimbing dan membangunkan modul menangani stres di tempat kerja selain menyediakan latihan menangani stres serta kemahiran menangani kesihatan mental.
"Bagi menjaga kebajikan penjawat awam wanita, kerajaan telah menambah tempoh cuti bersalin bergaji penuh daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Pegawai juga diberi fleksibiliti untuk menentukan tempoh cuti bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran," jelasnya.
Katanya 958 klinik disediakan untuk kemudahan akses di peringkat kesihatan premier bagi perkhidmatan saringan kesihatan mental untuk mengenali tahap stres, keresahan dan kemurungan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 05 2018
LEE: Pekerja juga digalakkan meningkatkan interaksi dan perhubungan sesama rakan sekerja untuk mengurangkan risiko tekanan semasa bekerja. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Majikan boleh bantu pekerja tangani stres - Dr Lee
Majikan boleh memainkan peranan penting membantu pekerja mereka menangani stres di tempat kerja dengan memperbaiki kandungan kerja dan menyusun semula waktu bekerja.