awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sah! BTS jelajah ke KL, bakal pukau 200,000 ARMY
Pemimpin seterusnya perlu berintegriti, ikhlas berkhidmat - Abang Johari
Banjir Sarawak: 1,603 mangsa masih berlindung di sembilan PPS pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mampu jana ekonomi, sektor pelancongan Lundu dipromosi melalui Facebook

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/09/2019
10:16 MYT
Mampu jana ekonomi, sektor pelancongan Lundu dipromosi melalui Facebook
Pelbagai inisiatif dilaksanakan dalam usaha mengangkat Lundu di mata dunia. - Foto Bernama
Lebih berkesan dan dekat di hati rakyat!
Demikian usaha digunakan kerajaan negeri Sarawak apabila memilih platform media sosial Facebook sebagai salah satu cara mempromosikan sektor pelancongan di Lundu.
Setiausaha Majlis Daerah Lundu, Norashikin Brahim berkata, pelbagai inisiatif dilaksanakan dalam usaha mengangkat Lundu di mata dunia.
“Kita menguar-uarkan sektor pelancongan di Lundu melalui laman sesawang Majlis Daerah Lundu.
“Kita juga menggunakan media sosial seperti Facebook bagi memberikan apa sahaja maklumat berkaitan produk pelancongan di sini,” katanya kepada Astro AWANI, pada Jumaat.
Jelas Norashikin, keindahan alam semula jadi di Lundu mampu menarik pelancong luar.
Ini sekaligus mampu menjana pendapatan, selain menyumbang kepada sasaran kehadiran 5 juta pelancong di Sarawak.
“Untuk tempoh jangka masa lima tahun, kami mensasarkan untuk menambah pendapatan dari segi sektor pelancongan.
“Kita amat mengalu-alukan para pelabur dari luar untuk membangunkan sektor pelancongan di Daerah Lundu,” katanya.
Katanya, fokus utama ketika ini adalah menaik taraf fasiliti bagi kemudahan para pelancong.
Lundu mempunyai keluasan kawasan 1,962.2 kilometer persegi.
Antara sektor yang menjadi sumber ekonomi penduduk Lundu adalah pertanian, penanaman koko dan sebagainya.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Facebook
#Lundu
#Majlis Daerah Lundu
#media sosial
#pelancong
#pelancongan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan