Matahari merupakan bintang di tengah sistem solar yang menjadi subjek indah sejak awal kewujudan manusia di muka Bumi ini.

Berasal dari bahasa Sanskrit, nama matahari merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘mata’ dan ‘Hari’. ‘Hari’ merupakan nama lain Dewa Vishnu, yang dianggap sebagai penguasa angkasa menurut teks Sanskrit purba. Maka setiap yang berlaku dalam cakerawala ini dipanggil ‘Hari’. Lantas, namanya matahari.

Matahari menjadi simbol siang, memberikan sinar dan tenaga kepada segala kehidupan merangkumi tumbuhan, haiwan dan juga manusia. Keindahannya dipuja, teriknya dikeluh, hilangnya dirindui.

Daripada ratusan gambar yang dimuat naik ke laman sosial Instagram dan Twitter bersempena minggu bertemakan matahari terbit dengan hashtag #MataKantaAWANI, lima gambar menambat hati sidang redaksi Astro AWANI untuk dipilih sebagai Pilihan Minggu Ini #MataKantaAWANI.

Sukar untuk memilih lima gambar yang terbaik kerana setiap detik dan rupa sinar fajar yang dirakam merupakan keindahaan ciptaan Tuhan yang tiada bandingnya. Namun, pemilihan adalah berdasarkan beberapa faktor termasuk komposisi dan kejelasan foto.

Terima kasih kepada semua yang bersama memeriahkan #MataKantaAWANI.

Inilah dia, lima gambar terbaik (dan satu ‘special mention’) pilihan Astro AWANI untuk Tema Minggu Ini : MATAHARI TERBIT.

Pilihan #MataKantaAWANI - Matahari terbit

Pilihan #MataKantaAWANI - Matahari terbit

Pilihan #MataKantaAWANI - Matahari terbit

Pilihan #MataKantaAWANI - Matahari terbit

Pilihan #MataKantaAWANI - Matahari terbit