awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBOR iktiraf penggunaan dron terbanyak dalam persembahan cahaya Sedekad Dominasi JDT

Bernama
Bernama
19/12/2023
14:25 MYT
MBOR iktiraf penggunaan dron terbanyak dalam persembahan cahaya Sedekad Dominasi JDT
Pemilik kelab JDT yang juga Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah menerima anugerah itu daripada MBOR pada Sabtu lepas. - Facebook Johor Southern Tigers
JOHOR BAHRU: The Malaysian Book of Records (MBOR) mengiktiraf persembahan cahaya dalam sambutan sedekad dominasi Liga Super anjuran Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim di sini baru-baru ini sebagai acara yang menyaksikan penggunaan dron terbanyak iaitu 1,010 unit.
Pemilik kelab JDT yang juga Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah menerima anugerah itu daripada MBOR pada Sabtu lepas.
Sambutan itu diraikan secara besar-besaran di Stadium Sultan Ibrahim sempena sedekad dominasi skuad JDT dalam Liga Super.
Ia sebagai simbolik kepada pencapaian luar biasa Harimau Selatan itu yang menyaksikan sejumlah 33,169 penyokong hadir pada perlawanan akhir JDT menentang Penang FC.
JDT menamatkan aksi terakhir Liga Super dengan berpesta gol selepas menewaskan Penang FC 8-0.
Kemenangan itu turut menyaksikan JDT merekodkan gol ke-100 pada liga musim ini selepas mengesahkan kejuaraan pada September lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sedekad dominasi
#JDT
#Stadium Sultan Ibrahim
#persembahan dron
#mbor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan