TERMA Metaverse telah digunakan oleh Neal Stephenson pada tahun 1982 dalam novel beliau bertajuk Snow Crash. Dalam novel ini, Neal Stephenson menceritakan watak-watak manusia yang mampu melarikan diri dari dunia realiti ke dunia metaverse.
Kemudian pada 2010, Palmer Lucky seorang ahli perniagaan berusia 18 tahun telah berjaya mencipta prototaip alat Realiti Virtual pertama dikenali sebagai Oculus Rift VR. Pada 2014, Facebook berjaya memiliki Oculus VR dengan nilai AS$2 bilion dan seterusnya menjadi pencetus kepada revolusi Metaverse terawal.
Metaverse adalah sebuah ruang virtual realiti dihubungkan dengan internet yang dibangunkan menggunakan teknologi komputer untuk menghasilkan dunia digital 3 Dimensi. Di Metaverse, dijangkakan dalam tempoh 15 tahun lagi, kebanyakkan aktiviti kemanusiaan seperti komunikasi, interaksi sosial, bersukan, pendidikan, pekerjaan, perniagaan, majlis keramaian dan kreativiti dapat dilakukan secara virtual.
Malah hari ini, sudah ada menjadikan metaverse sebagai tempat untuk menonton YouTube, melayari media sosial, melakukan aktiviti sukan virtual. Selain itu, sudah ada universiti tempatan membuka perpustakaan digital dalam metaverse.
Menurut Wong (2022), satu kajian oleh Milieu pada Disember 2021 yang melibatkan 1,000 responden rakyat Malaysia menunjukkan 65 peratus rakyat kita mengatakan Metaverse merupakan kemajuan dalam interaksi sosial manusia dan 58 peratus responden mengatakan Metaverse mampu menjadi fasiliti yang menambahbaik peluang sosial mereka.
Mileva (2022) melaporkan, dijangkakan pada tahun 2024, dunia Metaverse bakal bernilai AS$800 bilion. Manakala pasaran untuk peralatan Metaverse pula secara kasarnya akan mencecah AS$300 bilion pada 2024.
Empat platfom Metaverse terkenal yang dibangunkan oleh syarikat gergasi dunia adalah Meta Metaverse, Microsoft Metaverse, Google Metaverse dan Apple Metaverse dijangka bakal menjadi pilihan ramai pengguna.
Untuk berinteraksi ke dunia Metaverse ini, pengguna perlukan peralatan sokongan. Antara salah satu peralatan sokongan yang diperlukan adalah seperti Project Cambria, HP Reverb G2, Valve Index, Sony Play Station VR, Oculus Quest 2, HoloLens 2 dan pelbagai lagi jenama dan rekabentuk untuk pilihan anda.
Dalam keterujaan kita mengantisipasi perkembangan Metaverse. Terdapat isu-isu dalam dunia Metaverse yang dijangka menjadi cabaran kepada keselamatan negara. Pertama, kajian mengenai Metaverse dan implikasi kepada keselamatan negara masih rendah dan kedua pada masa ini silibus mengenai Metaverse sebagai satu bentuk media imersif masih dan belum mendapat perhatian luas di Malaysia.
Menurut Timmy Shen wartawan dari Frokast, kajian oleh Institut Hubungan Antarabangsa Kontemporari China bertajuk “Metaverse and National Security” melaporkan, Metaverse akan berkembang dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang dan jangkaan risiko yang bakal wujud meliputi hegemoni teknologi, keselamatan maklumat dan teknologi serta isu-isu masyarakat.
Manakala menurut seorang ahli politik Itali, Fabio Vanorio (2022) mengatakan bahawa gangguan dalam metaverse akan menjadi lebih merosakkan. Menurut beliau, maklumat tidak sahih pula menjadi lebih jelas dan lebih menarik. Manakala pengalaman seharian individu dalam Metaverse bakal mendapat lebih perhatian berbanding maklumat rasmi seperti berita.
Selain itu, dari aspek keselamatan negara pula, beberapa aspek Metaverse telah dikenalpasti untuk perbincangan lanjut antaranya adalah krisis identiti digital di mana di masa hadapan, sejauh mana teknologi Kecerdasan Tiruan mampu meniru identiti kita menggunakan data yang sedia ada? Bagaimana kita hendak pastikan sesuatu Avatar dalam Metaverse itu adalah individu sebenar dan bukan Avatar dari akaun palsu?
Seterusnya adalah bagaimana Metaverse menjadi sarang kumpulan seperti Ajaran Sesat, dan kumpulan pengganas? Serta isu lain seperti pelaksanaan undang-undang di dalam dunia Metaverse.
Sekumpulan penyelidik dari Pusat Inovasi, Teknologi dan Pendidikan Anti-Pengganas dari Omaha, Amerika Syarikat mengatakan bahawa, aktiviti pengrekrutan pengganas dalam talian sudah lama berlaku dan di dunia Metaverse, aktiviti pengrekrutan ini bakal berkembang kesan dari kemudahan berinteraksi dengan pengguna Metaverse lain.
Oleh itu rekabentuk keselamatan perlu difikirkan bagi mengekang saluran baru ideologi dan aktiviti pengganas dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang seiring dengan kematangan kemajuan teknologi Metaverse nanti.
Hari ini sudah wujud terma “Metaverse Warfare” atau Peperangan Metaverse. Bill Gertz (2022) melaporkan pihak tentera China mengatakan bahawa Peperangan Metaverse adalah satu tanda aras baru dalam Peperangan Kognitif. China mendefinisikan Peperangan Kognitif pula sebagai gabungan sistem teknologi tanpa pemandu dilengkasi Kecerdasan Tiruan untuk menghasilkan satu bentuk kemampuan peperangan dimensi baru.
Selain itu, tentera China juga melaporkan, strategi akan datang adalah dengan menyerang Metaverse musuh, ia mampu memberi kesan kepada kemampuan berfikir, kognitif dan proses membuat keputusan musuh.
Kesimpulannya, kebangkitan Metaverse dan penerimaan masyarakat terhadap teknologi Metaverse tidak dapat dielakkan. Kesan dari itu, implikasi Metaverse terhadap aspek keselamatan negara juga tidak dinafikan wujud atas beberapa faktor yang telah dibincangkan di atas. Seterusnya, apakah persediaan pihak kerajaan dalam menghadapi gelombang Metaverse ini?
Antara aspek peranan kerajaan yang dilihat boleh memberi impak kepada penggunaan Metaverse adalah dari aspek pendidikan dan keterlibatan agensi kerajaan yang berkaitan ke dalam dunia Metaverse.
Mungkin juga suatu hari ini, Metaverse ini menjadi sebahagian dari sistem kerajaan. Kieron Allen (2022) dalam artikelnya bertajuk A Metaverse of Nations: Why Governments are Making Big Moves into the Metaverse melaporkan, Korea Selatan merupakan negara pertama di dunia yang melabur sebanyak AS$186.7 juta untuk pakej stimulasi eko-sistem Metaverse yang boleh dikawal selia oleh kerajaan mereka.
Dengan wujudnya penguasaan kerajaan dalam Metaverse, di masa hadapan pekerja mungkin hanya perlu datang ke pejabat virtual dalam Metaverse untuk menghadiri mesyuarat atau perbincangan lain.
Masalah geografikal dapat dikurangkan dan operasi dalam talian dapat dilaksanakan melalui aktiviti teleportasi virtual. Malah aktiviti mesyuarat dalam talian sudah pun wujud seperti penggunaan Google Meet dan juga Webex. Namun, era Metaverse nanti dunia digital 3D akan lebih pervasif berbanding teknologi 2D yang kita gunakan sekarang.
Apa pun, kita, masyarakat, komuniti, kerajaan dan pihak swasta perlu bersedia untuk adaptasi dengan teknologi Metaverse akan datang kerana kemungkinan ia menjadi salah satu dari sebahagian dari cara hidup manusia bakal menjadi realiti baru dan seterusnya cabaran-cabaran konflik hibrid yang memerlukan kerangka pendekatan yang komprehensif.
* Penulis adalah:
1. Ahmad Sauffiyan Hasan ialah penganalisis perang saraf media dan mantan Felo Penyelidik Media dan Propaganda di Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi MARA.
2. Muhammad Hafiz Abdul Rahim ialah Penjawat Awam di Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.
**Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Rujukan
1. Allen, K. (2022). A Metaverse of Nations: Why Governments are Making Big Moves into the Metaverse. https://accelerationeconomy.com/metaverse/a-metaverse-of-nations-why-governments-are-making-big-moves-into-the-metaverse/
2. Gertz, B. (2022). China preps for ‘metaverse warfare’ https://www.washingtontimes.com/news/2022/apr/13/china-preps-metaverse-warfare/
3. Mileva, G. (2022). 50+ Metaverse Statistics | Market Size & Growth (2022). https://influencermarketinghub.com/metaverse-stats/
4. Shen, T. (2021). Metaverse could impact national security, Chinese state-owned think tank says. https://forkast.news/headlines/metaverse-national-security-china-think-tank/
5. Vanorio, F. (2022). Metaverse and National Security. https://www.linkedin.com/pulse/metaverse-national-security-fabio-vanorio/
6. Wong, D.J. (2022) Survey shows most Southeast Asians excited about experiencing the metaverse. https://sea.mashable.com/tech/18940/survey-shows-most-southeast-asians-excited-about-experiencing-the-metaverse
Ahmad Sauffiyan Abu Hasan, Muhammad Hafiz Abdul Rahim
Fri Jun 17 2022

Kebangkitan Metaverse dan penerimaan masyarakat terhadap teknologi Metaverse tidak dapat dielakkan. - Gambar hiasan

Rancangan Selangor Pertama: Bukan mahu dabik dada, tunjuk hebat - Amirudin
Rancangan itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan direncana dengan lebih terperinci.

Jenayah | Suami isteri ditemukan mati dibunuh di rumah sendiri
Sepasang suami isteri ditemukan mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka dekat Taman Bercham Aman, Ipoh, pagi tadi. Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun ditemukan di ruang tamu rumah berkenaan.

Aidiladha | Peniaga diingatkan tak ambil kesempatan naik harga
Peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam dan telur meskipun mendapat permintaan yang tinggi menjelang Aidiladha nanti. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata peniaga tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian selain perlu patuh kepada harga siling RM9.40 yang ditetapkan.

Rakyat Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung pagi ini
Peguamnya Too Xing Ji mengesahkan yang Kalwant telah menjalani hukuman.

Muslim Food Industries sasar jualan RM24 juta tahun ini
MFI yakin dapat mencapai sasaran berikutan jualan setakat suku kedua tahun ini telah mencapai sebanyak RM7.8 juta.

Suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga
Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditemui di ruang tamu rumah berkenaan.

Alasan kenaikan OPR untuk kurangkan kadar inflasi sukar diterima - Asyraf Wajdi
Katanya, keluarga yang mempunyai beberapa pinjaman bank mungkin akan bertambah perbelanjaan bulanan sebanyak ratusan ringgit.

Keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO diketahui selewat-lewatnya 16 Julai - ROS
Pindaan perlembagaan UMNO ialah bagi memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Seorang maut, empat parah nahas tiga kenderaan
Kesemua mangsa parah dihantar ke PPUKM dan HKL manakala mayat mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Vanidah Imran kini bergelar isteri kepada jurutera
Vanidah disatukan dengan Arifabillah Idris, duda anak empat dalam majlis sederhana yang berlangsung hari ini.

Metaverse dan keselamatan negara dalam mendepani cabaran konflik hibrid
Dalam keterujaan mengantisipasi perkembangan Metaverse, terdapat isu-isu yang dijangka menjadi cabaran kepada keselamatan negara.

Metaverse dan keselamatan negara dalam mendepani cabaran konflik hibrid
Kebangkitan Metaverse dan penerimaan masyarakat terhadap teknologi Metaverse tidak dapat dielakkan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Meneroka pasaran AS$1 trilion dalam dunia baharu digital
Teknologi digital yang ada ketika ini telah menjadikan landskap serta pasaran digital berubah pada kadar yang tidak terbayangkan sebelum ini.

Ini cara AEON pelihara tradisi kuih raya melalui NFT
Usaha yang dilaksanakan itu bagi memperluaskan bidang teknologi seperti NFT kepada orang ramai, sekali gus membantu artis tempatan.

IPPT USM universiti pertama miliki Perpustakaan Metaverse Space
Konsep metaverse iaitu realiti maya diperkenalkan kerana ia semakin mendapat tempat dalam arus perdana teknologi.

Meta Universe platform terbaharu usahawan kembangkan perniagaan ke alam metaverse
MU memberi tumpuan kepada tiga tonggak strategik yang merangkumi penyelesaian perusahaan Web3, akademi M.U dan pasaran dalam talian secara global.

Memahami metaverse, superkomputer dan AI
Metaverse ialah detik penting dalam dunia realiti lanjutan, dunia yang menghampiri 'kehidupan kedua' yang telah lama diramalkan.

Korea Selatan sasar jadi metaverse ke-5 terbesar dunia menjelang 2026
Di bawah rancangan itu, negara itu akan membina sekurang-kurangnya 220 syarikat metaverse dengan jumlah jualan melebihi 5 bilion Won.

Meta bawa visi metaverse sebagai Internet masa depan
Pengarah Facebook Malaysia, Nicole Tan berkata, pemilihan nama Meta dilihat memiliki hubungan yang jelas dengan metaverse sekali gus menggambarkan komitmen untuk membina teknologi sosial menerusi apa