GAYA HIDUP
Netizen persoal mesej iklan Malaysia Truly Asia

Menurut laman YouTube rasmi Tourism Malaysia, iklan tersebut merupakan iklan televisyen yang dirakam khas bagi pasaran pelancong di Asia Selatan -Foto Youtube/Malaysia Truly Asia
Iklan Malaysia Truly Asia yang dikongsi di laman sosial awal Mac lalu, kini mengundang perhatian netizen selepas dikongsi oleh sebuah laman di Facebook.
Video iklan tersebut meraih hampir 200,000 tontonan selepas dikongsi di laman Better Nation Institute.
Iklan itu memaparkan dua kumpulan pelancong wanita yang berkunjung ke Malaysia -- remaja dan dewasa -- dan bertembung antara satu sama lain ketika melakukan pelbagai aktiviti.
Rata-rata netizen menyifatkan iklan tidak tersebut tidak menggambarkan budaya Asia sebenar dan hanya menumpukan kepada gaya hidup mewah.
Namun pendapat ini dibidas oleh netizen lain yang meminta agar rakyat berfikiran terbuka dan menerima hakikat bahawa iklan tersebut diterbitkan untuk pasaran antarabangsa.
Netizen mempertahankan video tersebut sebagai memenuhi kehendak pasaran - Foto Facebook
Netizen mempertahankan iklan tersebut sebagai memenuhi kehendak pasaran - Foto Facebook
Menurut laman YouTube rasmi Tourism Malaysia, iklan tersebut merupakan iklan televisyen yang dirakam khas bagi pasaran pelancong di Asia Selatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami