awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Obama pecah rekod dunia kumpul 1 juta pengikut Twitter terpantas

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
21/05/2015
01:31 MYT
Obama pecah rekod dunia kumpul 1 juta pengikut Twitter terpantas
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah mencatat sejarah apabila berjaya menempa nama dalam buku Guinness World Record.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah mencatat sejarah apabila berjaya menempa nama dalam buku Guinness World Record.
Obama berjaya memperoleh 1 juta pengikut (followers) di Twitter dalam masa paling pantas sekaligus menewaskan rekod yang dipegang pelakon, Robert Downey Jr.
Isnin lalu, presiden yang berusia 53 tahun itu menyertai laman mikro berkenaan menerusi akaun @POTUS yakni akaun peribadi untuk Presiden Amerika Syarikat, akronim bagi President of the United States.
Hello, Twitter! It's Barack. Really! Six years in, they're finally giving me my own account.
— President Obama (@POTUS) May 18, 2015
April lalu, Robert Downey Jr menyertai Twitter dan mencipta rekod apabila memperoleh 1 juta pengikut dalam tempoh 23 jam dan 22 minit.
Barack Obama berjaya memecahkan rekod itu dalam hanya lima jam sahaja. Sehingga artikel ini ditulis, akaun berkenaan memiliki lebih 2.2 juta pengikut.
Dalam salah satu tweet pertamanya, Obama menyatakan bahawa akaun itu akan diberikan kepada presiden Amerika Syarikat yang seterusnya apabila dia tidak lagi menduduki White House.
Sebelum ini Obama mempunyai akaun Twitter bagi tujuan rasmi yang dikendalikan oleh staf pengurusannya.
Topic Berkaitan
#Barack Obama
#potus
#Robert Downey Jr
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan