TAK kaya harta tak apa, asalkan dapat keluarga yang baik dan sentiasa hidup berkasih sayang pun dah bersyukur sangat. Begitu jugalah bagi pasangan suami isteri ini yang berkahwin campur dan kehidupan mereka sangat harmoni sekali.
Biasanya cabaran untuk memahami budaya lain pasti ada tapi yang uniknya bagi keluarga Dr Siti Hajar Md Hanif, keluarga mentua cukup baik sekali dan saling menghormati antara satu sama lain.
Menerusi video dikongsikan Dr Siti Hajar, ibu mentuanya yang berbangsa India, Thaivanai A/P Muniady melayannya dengan baik sekali serta membantu menguruskan dirinya ketika berpantang selepas bersalin pada 30 Jun lalu.
“Saya bersalin anak ketiga tahun ini. Sebelum tu memang dah rancang, masa pantang mak mentua datang dari Perak jaga saya.
“Dua minggu sebelum bersalin lagi dia dah datang sebab masa tu saya memang sarat. Dia tolong masak untuk saya yang makin tak larat nak bergerak, siap bantu uruskan budak-budak (cucu) nak pergi sekolah.
“Bila dah bersalin, dia sambung jaga saya. Masak makanan pantang, siapkan air mandian herba, mengasuh baby masa saya berurut. Kemas rumah dan basuh pakaian pun dia tolong buat,” ujarnya.
Lebih menarik lagi, Dr Siti Hajar memberitahu, suaminya memeluk Islam pada 2014 dan kini bernama Iskandar Chai Yoong Sang.
Bercerita lanjut mengenai keunikan keluarganya, wanita berusia 36 tahun itu berkata bapa mentuanya berbangsa Cina dan beragama Kristian manakala ibu mentuanya berbangsa India dan beragama Hindu.
Mengimbas mengenai proses berpantang, Dr Siti Hajar berkata Thaivani menguruskan dirinya mengikut cara Melayu tetapi memasak masakan masyarakat Cina.
“Ibu mentua biasanya masak ikan atau ayam kukus, ikan masak taucu, udang masak kam heong dan sup ayam untuk hari biasa atau sewaktu sambutan Tahun Baharu Cina. Waktu pantang, dia masakkan saya ayam kukus bersama kurma merah dan goji berry.
“Ibu memang pandai masak masakan tu semua sebab lepas kahwin dulu dia duduk dengan ibu mentua berbangsa Cina. Masa pantang ibu mentua dia yang jaga, jadi dia banyak belajar masak ikut cara Orang Cina.
“Walaupun berlainan amalan dan budaya tetapi sebenarnya tak banyak beza pun cara berpantang tiga bangsa ini. Kelainan pada masakan saja sebab saya pun tak ikut betul-betul pantang macam Melayu zaman dulu,” katanya.
Menurutnya, ini kali kedua ibu mentua membantu menguruskan dirinya sehingga hari ke-30 berpantang.
Susulan perkongsiannya itu ramai yang gembira melihat keakraban keluarga ini yang hidup dengan penuh kasih sayang.
“Alhamdulilah..dapat mother in law yang baik pun adalah salah 1 rezeki dari Allah”
“Hargai ibu mentua mu puan….1 dalam 10 tu….rezeki puan
“Seronok tengok keluarga macam ni. Saya doakan yang baik-baik sahaja untuk keluarga akak”
“Bangsa dan agama bukan ukuran untuk bahagia. Namun sesiapa yang memilih Allah untuk bahagia bersama adalah satu ANUGERAH. Alhamdulillah
Pa and Ma
Sun Aug 28 2022
Bapa mentua Dr Siti Hajar berbangsa Cina dan beragama Kristian manakala ibu mentuanya berbangsa India dan beragama Hindu. - Foto hajarangelique/mStar/Pa&Ma
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Pantang 'style' Keluarga Malaysia, dapat mentua baik, sayang macam anak sendiri
Ibu mentua Dr Siti Hajar, yang berbangsa India, melayannya dengan baik sekali serta membantu menguruskan dirinya ketika berpantang.
'No free hair, no make up..' - Ditegur mengenai cara berpantang, ini respon Sarimah Ibrahim!
Sarimah turut berkongsi dirinya sudah berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram dalam tempoh 11 hari semasa berpantang.
Wanita dipenjara dua bulan tawar khidmat seks
Seorang wanita dalam tempoh berpantang Isnin dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis.