awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2017: Rojak percuma antara menu laris 'Food Truck Rakyat'

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
07/12/2017
06:16 MYT
PAU2017: Rojak percuma antara menu laris 'Food Truck Rakyat'
Food Truck Rakyat saji pelbagai menu makanan dan minuman secara percuma kepada perwakilan dan pengunjung PAU2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. -- fotoAstroAWANI/Shahir Omar
'Food Truck Rakyat' yang menawarkan pelbagai menu makanan secara percuma menjadi tumpuan perwakilan dan pengunjung yang hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017).
Antara yang menjadi pilihan adalah rojak percuma yang disediakan food truck Rojak Cendol; dengan 650 rojak habis dalam tempoh 45 minit.
Menurut pengusaha food truck Rojak Cendol, Meeza Maisara Samsul Kamal selain menu utama iaitu rojak, pengunjung boleh menjamu cendol dan mee goreng yang disediakan buat pengunjung.
“Peluang menyediakan makanan di PAU2017 membuka peluang kepadanya untuk mempromosikan jenama syarikat serta makanan yang ditawarkan kepada warga kota," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Kepada pengunjung yang hadir ke PAU2017, sajian percuma diberikan bermula 7 hingga 9 Disember ruang legar luar aras empat, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Hari ini, pengunjung yang datang ke #PAU2017 bakal disajikan makanan percuma! @501Awani pic.twitter.com/jvecdRDqOr
— syaz (@ssnsyzwani) December 7, 2017
Terdapat lebih 20 buah foodtruck yang menyaji pelbagai jenis sajian. Antara yang paling laris adalah sajian dari pantai timur pic.twitter.com/ljjvCCAKWv
— syaz (@ssnsyzwani) December 7, 2017
Tidak lupa juga rojak dan mee goreng yang turut menjadi tumpuan pengunjung! @501Awani #PAU2017 pic.twitter.com/FRl5lv0wmV
— syaz (@ssnsyzwani) December 7, 2017
Keadaan ruang legar luar PWTC aras 4 yang menghimpunkan lebih 20 food truck #PAU2017 pic.twitter.com/PNfE2rI2JC
— syaz (@ssnsyzwani) December 7, 2017
Pengunjung yang hadir menyifatkan inisiatif tersebut dapat meringankan beban perbelanjaan pengunjung dari luar ibu kota yang hadir ke perhimpunan tersebut.
Dalam pada itu, terdapat pelbagai menu menarik yang boleh anda nikmati termasuk Nasi Kerabu, Nasi Lemak Royale Kedah dan Laksa.
Topic Berkaitan
#cendol
#Food Truck Rakyat
#laris
#PAU2017
#percuma
#Perhimpunan Agung UMNO 2017
#PWTC
#Rojak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan