LIFESTYLE
Pengumuman Apple: Ini 16 ciri terbaharu yang anda perlu tahu

WWDC 2022 di Apple Park, Cupertino California mengumumkan ciri canggih terbaru termasuk macOS Ventura, iOS 16, the M2 chip, MacBook Air terbaru dan pelbagai lagi.
CALIFORNIA: Apple hari ini mengumumkan beberapa teknologi, perisian serta ciri baharu dalam sistem aplikasinya seperti macOS Venturas, iOS 16, cip M2, WatchOS 9, MacBook Air terbaru dan banyak lagi. Pengumuman terbesar adalah tentang peranti yang menggunakan cip M2 yang terbaru.
Langkah kompetitif Apple ini memperlihatkan usaha Apple untuk memenangi pasaran perisian (software) dan perkakasan (hardware).
Pengumuman tergempar tersebut dilaksanakan sewaktu Persidangan Pengaturcara Sedunia (Worldwide Developers Conference) di Apple Park, Cupertino California.
1. Skrin kunci boleh dimodifikasi
Pelbagai fungsi modifikasi skrin kunci. Sumber: apple.com
2. Kawalan aktiviti melalui skrin kunci
3. Mesej teks boleh diubah suai dan dibatal hantar
4. “Apple Pay” mempunyai fungsi bayar kemudian (Pay Later) dalam IOS 16
5. Fungsi ‘semakan keselamatan’ (Safety Check) untuk mangsa dera yang terselamat
6. CarPlay mungkin akan memasukkan widget Apple ke dalam kluster instrumen anda
7. “Watch OS 9” mempunyai pelbagai fungsi rekod jejak kesihatan

Antara ciri terbaru perisian jam Apple (watchOS9) termasuk metrik aktiviti larian, penjejak Fibrillasi Atrium dan peringatan pengambilan ubat. Sumber: apple.com
8. App ‘kecerdasan’ (Fitness App) bakal tersedia ada dalam semua jenis iPhone
9. Laman utama Apple memaparkan rekaan baharu yang lebih efisien untuk pengawalan alat rumah pintar (smart home)
10. Penambahan cip M2 (Next-Gen) bakal naik taraf prestasi sebanyak 18 peratus jika dibandingkan dengan M1
11. Rekaan baharu MacBook Air merupakan yang pertama untuk menggunakan cip M2
12. MacBook Pro Apple 13 inci yang baharu juga lengkap dengan cip M2

MacBook Pro Apple terbaru lengkap dengan cip M2. Sumber: apple.com
13. Sistem macOS 13 Ventura menambah fungsi tugas pelbagai yang dinamakan “Stage Manager”

Stage Manager, naik taraf baharu Spotlight dan Mail dari macOS 13 Ventura bakal memberi pengalaman baru kepada pengguna. Sumber: apple.com
14. “Apple Passkeys” akan menggantikan kata laluan untuk mendaftar masuk laman sesawang Safari
15. iPhone boleh berfungsi sebagai kamera web dipadankan dengan klip tersendiri untuk dilekatkan pada komputer Mac
16. iPadOS 16 membekalkan pelbagai fungsi baharu yang memfokuskan pada kepada tugas pelbagai dan kolaborasi

Naik taraf ciri kolaborasi aplikasi iPad termasuk alat papan putih terbaru bernama Freeform. Sumber: apple.com
MacBook Air terbaru dijangka bakal tiba di Malaysia dalam beberapa bulan akan datang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami