KUALA LUMPUR: Peningkatan penggunaan peranti digital peribadi seperti telefon pintar, tablet dan fon kepala dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda di seluruh dunia menimbulkan kebimbangan mengenai risiko kehilangan pendengaran akibat bunyi bising (NIHL).
Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) dan Pediatrik ENT di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Priatharisiny Velayutham berkata sebelum ini, NIHL dikaitkan terutamanya dengan pendedahan bunyi bising dalam industri.
"Dengan peningkatan penggunaan peranti peribadi sedemikian, NIHL menjadi semakin biasa dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda. Lebih memburukkan keadaan, jenis kehilangan pendengaran ini adalah kekal dan tidak dapat dipulihkan," katanya dalam kenyataan.
Dr Priatharisiny berkata terdapat beberapa tanda awal kehilangan pendengaran yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa kerana tanda dan gejala sedemikian lazimnya tidak disedari.
Beliau memetik statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang mendapati 466 juta individu di seluruh dunia mengalami kehilangan pendengaran, dan angka itu dijangka hampir dua kali ganda menjelang 2050.
"Penemuan yang paling membimbangkan ialah 60 peratus daripada kes berkenaan boleh dicegah," katanya.
Beliau berkata satu petunjuk biasa gejala awal adalah sekiranya kanak-kanak sering mendengar televisyen atau peralatan elektrik lain pada nada tinggi, mereka juga mungkin menghadapi kesulitan di sekolah seperti kesukaran mengikut arahan atau ketinggalan dalam akademik, selain mengalami pertumbuhan perbendaharaan kata yang lembap.
Menurut Dr Priatharisiny, masalah kelewatan pertuturan dan bahasa juga boleh menjadi amaran penting kerana kanak-kanak mungkin menghadapi masalah menyebut perkataan atau memahami orang lain.
Justeru, katanya amat penting bagi ibu bapa membawa anak mereka menjalani ujian pendengaran secara berkala untuk mengesan NIHL.
"Apabila melibatkan NIHL, kuncinya ialah pencegahan. Para ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau penggunaan peranti peribadi dalam kalangan kanak-kanak dan mengehadkan pendedahan kepada bunyi bising," katanya.
Dr Priatharisiny berkata ibu bapa perlu memastikan anak mereka berehat seketika semasa menggunakan peranti dan mengesyorkan penggunaan penyumbat telinga atau peralatan perlindungan bunyi dalam persekitaran yang bising seperti konsert.
Ibu bapa juga perlu mengambil langkah untuk mengehadkan pendedahan anak-anak mereka terhadap peranti peribadi, kerana remaja yang menggunakan fon kepala lebih 80 minit menghadapi risiko kehilangan pendengaran 4.7 kali lebih tinggi berbanding mereka yang menggunakan peranti itu kurang 80 minit sehari.
"Satu cara yang berpotensi ialah menetapkan pemasa untuk tempoh 30 minit hingga sejam penggunaan fon kepala bagi mengelakkan risiko kehilangan pendengaran jenis ini," katanya.
Selain itu, Dr Priatharisiny menekankan kepentingan intervensi awal dan pemeriksaan pendengaran secara berkala kerana penangguhan tindak balas terhadap kehilangan pendengaran boleh mengakibatkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan.
"Ramai individu yang kehilangan hingga 50 peratus pendengaran pada masa mereka mencari bantuan atau berjumpa pakar," katanya.
Beliau berkata pilihan rawatan yang paling lazim ialah alat bantu pendengaran bagi kehilangan pendengaran sederhana sehingga teruk dan implan koklea bagi kes yang lebih serius.
"Alat bantu pendengaran membantu menguatkan bunyi dan memberi pendengaran yang lebih baik, tetapi memerlukan beberapa tempoh pelarasan dengan pakar audiologi. Disebabkan peningkatan bunyi, memakai alat bantu pendengaran kerap membantu otak menyesuaikan diri dengan lebih baik," katanya.
Selain intervensi awal dan saringan berkala, Dr Priatharisiny turut berkongsi beberapa nasihat kepada ibu bapa dalam membantu anak mereka meminimumkan risiko NIHL, seperti mengehadkan penggunaan peranti peribadi pada awal usia dan menggalakkan aktiviti seperti membaca dan mendengar buku audio atau cerita berbanding menonoton video atau televisyen.
Beliau berkata kajian dari Amerika Syarikat baru-baru ini mendedahkan bahawa 17 peratus remaja hari ini menunjukkan tanda-tanda NIHL, dengan dianggarkan 1.1 bilion remaja dan dewasa di seluruh dunia terjejas dengan kehilangan pendengaran, terutamanya disebabkan oleh penggunaan fon kepala dan peranti pemain muzik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Ibu bapa perlu mengambil langkah untuk mengehadkan pendedahan anak-anak mereka terhadap peranti peribadi. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Peningkatan penggunaan peranti, kanak-kanak berisiko hilang pendengaran - Pakar ENT
Terdapat beberapa tanda awal kehilangan pendengaran yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa.
Hampir 120,000 peranti digital diserah kepada murid B40 - KPM
Ia sebahagian daripada inisiatif pemberian peranti digital kepada 150,000 murid B40 yang dilaksanakan Yayasan Hasanah.
Anak muda kumpul dana lebih RM50,000 beli komputer riba buat pelajar miskin
Lebih 100 pelajar kurang berkemampuan di sekitar Petaling Jaya bakal menerima komputer riba.