LIFESTYLE
Percutian Langkawi: Antara enam destinasi dan aktiviti menarik di Pulau Mahsuri

Langkawi Sky Bridge merupakan aktiviti pertama yang anda wajib lakukan sebaik sahaja tiba di Langkawi!.
MELIHAT deburan ombak membadai pasir putih sambil menyaksikan pemandangan matahari terbit di Pantai Cenang, Langkawi pastinya membawa minda anda belayar ke suatu ruang waktu yang mendamaikan.
Selain terkenal dengan cerita lagenda Mahsuri, pulau yang menawarkan pemandangan menarik kepada para pengunjung itu turut mendapat pengiktirafan dunia apabila dipilih Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai pusat rujukan geopark peringkat Asia Pasifik.
Menerusi inisiatif kerajaan dalam memperkenalkan gelembung pelancongan Langkawi dibawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), orang ramai kini boleh melawat dan merancang percutian ke pulau tersebut.
Bagi artikel kali ini, kami akan cadangkan kepada anda pelbagai destinasi dan aktiviti menarik untuk dimasukkan dalam itinerari ketika melancong ke Langkawi.Teruskan membaca artikel ini sambil-sambil anda scrolling platform tempahan percutian terbaik, Klook untuk merancang lawatan ke Pulau Mahsuri ini.
Pemandangan menakjubkan dari Langkawi Sky Bridge!
Aktiviti pertama yang anda wajib lakukan sebaik sahaja tiba di Langkawi adalah menaiki kereta kabel. Ya, wajib! Dan disebabkan itu kami meletakkannya sebagai cadangan terawal.

Perkhidmatan kereta kabel ini memulakan operasinya pada 27 Februari 2005 bagi memudahkan pelancong sampai ke puncak gunung setinggi 713 meter.
Terletak di Gunung Mat Chinchang iaitu di barat laut Pulau Langkawi, perkhidmatan kereta kabel ini memulakan operasinya pada 27 Februari 2005 bagi memudahkan pelancong sampai ke puncak gunung setinggi 713 meter tersebut.
*Tips: Disebabkan kereta kabel dan Sky Bridge ini sentiasa ramai, kami cadangkan kepada anda untuk menempah hotel berdekatan supaya boleh terus ke sana selepas sarapan.
Nikmati pemandangan matahari terbenam (sunset) di atas kapal layar (cruise)
Pemandangan sunset dari atas cruise di Laut Andaman bersama pasangan anda memang menjadi saat paling romantis ketika bercuti.

Pemandangan sunset dari atas cruise pasangan anda memang menjadi saat paling romantis ketika bercuti.
Bersatu dengan alam di Kilim Geopark
Pulau yang mendapat pengiktirafan UNESCO ini pastinya menjadi syurga kepada para pencinta alam semulajadi.

Pulau Langkawi mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai pusat rujukan geopark peringkat Asia Pasifik.
Terletak kira-kira lima minit dari taman ini, kami cadangkan untuk anda singgah ke Pantai Tanjung Rhu bagi aktiviti selam snorkel (snorkeling) pula. (Dapatkan pakej Geopark di sini)
Teroka khazanah paya bakau di Tanjung Rhu
Meneroka dunia berbeza di Langkawi dengan menaiki bot ke kawasan khazanah paya bakau, Tanjung Rhu sambil menyaksikan ikonik burung helang berterbangan di atas anda.

Anda boleh menyaksikan burung helang berterbangan di atas anda ketika tour di Tanjung Rhu.
Menerusi pakej ini anda turut berpeluang untuk melawat ke Gua Buaya dan Kelawar bagi melihat sendiri habitat hidupan liar tersebut secara live. (Dapatkan pakej lawatan disini)
Be local!
Bawa pasangan mahupun keluarga anda meneroka lokasi berbeza di Langkawi, khususnya jauh dengan kawasan tumpuan pelancong dengan berbasikal ke kawasan perkampungan.

Anda boleh juga berhenti seketika di warung milik masyarakat tempat bagi menikmati sajian lokal di kawasan tersebut.
Boleh juga anda berhenti seketika bagi menikmati sajian lokal di kawasan tersebut dan bergaul atau beramah mesra dengan penduduk di situ. (Dapatkan pakej itu di sini)
Pengabadian warisan seni di Kunang-Kunang Heritage Villas
Lokasi penginapan hidden gem yang anda tidak patut lepaskan peluang ketika berada di Langkawi.

Lokasi penginapan hidden gem yang anda tidak patut lepaskan ketika di Langkawi.
Teruskan meneroka lokasi-lokasi menarik dalam negara dalam usaha kita sama-sama membantu memacu industri pelancongan tempatan. Dalam masa sama, kekal menjaga prosedur operasi standard digariskan kerajaan.
Melanconglah dengan selamat. Stay safe people!.
*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami