HARAPKAN hubungan kekal sehingga ke jinjang pelamin, rupanya cinta terputus di tengah jalan apabila ditinggalkan kekasih hati.
Ini berlaku kepada seorang gadis di Selangor apabila dia ditinggalkan kekasih hatinya gara-gara fizikalnya yang dikatakan ‘gemuk’.
Namun, perubahan positif pada fizikal yang ditonjolkannya setelah ditinggalkan kekasih telah menarik perhatian ramai netizen di laman sosial.
Raden Zaharatul telah berkongsi kisah pahitnya itu di akaun twitternya, @RadenZaharatul.
Berat badan Raden ketika itu ialah 63 kilogram serta mukanya dipenuhi jerawat sehingga digelar ‘gajah’ dan ‘jalan tar’ oleh teman lelakinya sebelum memutuskan untuk meninggalkannya.
Raden lantas berazam untuk melakukan perubahan pada dirinya.
Dia berkongsi tip dengan melakukan senaman sit up sebanyak 30 kali pada setiap hari serta
perbanyakkan minum air masak.
Raden juga mengaku tidak memakai produk atau melakukan rawatan apa pun pada wajahnya.
Usaha kerasnya ternyata membuahkan hasil apabila dia berjaya menurunkan berat sehingga mencapai 58 kilogram.
Tubuhnya kini kelihatan langsing serta kulit wajahnya menjadi semakin licin.
Di laman twitternya, Raden turut memberi nasihat buat wanita di luar sana, “If bf korang tinggalkan korang, improve diri korang jadi lebih baik. Jangan sedih2 okay”.
Agensi
Wed Apr 04 2018

Tubuh Raden kini kelihatan langsing serta kulitnya menjadi semakin licin. - foto Twitter/@RadenZaharatul

Thaipusam | Membuat kavadi perlukan dedikasi tinggi
Selepas dua tahun, kavadi berwarna-warni bakal kembali menceriakan sambutan Thaipusam kali ini. Diringi muzik tradisional, penganut Hindu akan menunaikan nazar mengikut niat masing-masing dengan menjunjung paal koodam, kavadi dan mencukur rambut.

PRN: BN Selangor sedia runding PH agihan kerusi
Perjumpaan dengan PH akan dimuktamadkan selepas semua komponen BN bersetuju mengenai jumlah kerusi bakal ditandingi BN.

Penjara Sg Buloh | Jumlah banduan 36% melebihi kapasiti maksimum 4,200
Jumlah banduan yang ditempatkan di Penjara Sungai Buloh mencecah 36 peratus melebihi kapasiti maksimum, iaitu 4,200 banduan. Namun, menurut Jabatan Penjara Malaysia, masalah kesesakan di Penjara Sungai Buloh telah dikurangkan melalui pelbagai langkah yang merupakan sebahagian daripada reformasi penjara.

Serbuan Imigresen | SUHAKAM bimbang kebajikan 36 kanak-kanak Indonesa di Depoh
SUHAKAM amat bimbang dengan keadaan dan kebajikan 36 kanak-kanak yang kini ditempatkan di Depoh Imigresen Lenggeng berikutan penahanan 67 warga Indonesia oleh Jabatan Imigresen selepas serbuan awal pagi yang dijalankan di sebuah penempatan di Nilai Spring pada 1 Februari 2023. Di samping memperakui tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen, SUHAKAM ingin menekankan tanggungjawab Malaysia terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) dalam menjamin kepentingan terbaik untuk kanak-kanak.

Jenazah Presiden MAA, Aishah Ahmad dikebumikan di Arab Saudi hari ini
Jenazah Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad Badjunaid yang meninggal dunia di Jeddah akan dikebumikan di Arab Saudi hari ini.

TVET | Perlu tekankan konsep ‘sekolah ke kerjaya’
Sudah tiba masanya konsep sekolah ke kerjaya ditekankan kerana ia akan memberi ruang pelajar terlibat dalam kerjaya yang diminati ketika masih di alam persekolahan, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan.

Polis kenal pasti, kesan individu baling botol kaca ke jalan raya
Polis telah mengenal pasti individu dalam video tular yang membaling sebuah botol kaca dari balkoni sebuah kediaman ke arah jalan raya dan pengesanan terhadapnya sedang giat dilakukan.

RTW PERKESO | 54,148 berjaya kembali ke alam pekerjaan
Seramai 54,148 pekerja yang mengalami kecederaan dan hilang upaya berjaya kembali ke alam pekerjaan menerusi Program Return to Work (RTW) yang diperkenalkan PERKESO sejak 2007 sehingga Disember 2022. Menurut Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, menerusi program tersebut PERKESO telah mengubah fokus dari pembayaran pampasan semata-mata kepada perkhidmatan pemulihan dan pencegahan yang memperkukuhkan lagi kesejahteraan golongan pekerja.

Bekas pegawai bank ada berbincang dengan Jho Low pasal akaun Najib
Joanna Yu Ging Ping berhubung dengan Jho Low menerusi BlackBerry Messenger (BBM) pada pukul 11.46 malam, 4 Dis 2014.

Sekolah | Sesi bermula 8 pagi bukan keutamaan setakat ini
Di sebalik cadangan banyak pihak, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan sesi persekolahan bermula jam lapan pagi bukan keutamaan Kementerian Pendidikan ketika ini. Terdapat banyak lagi isu lain yang perlu didahulukan, tetapi beliau memberi jaminan, pandangan itu tetap diberi perhatian.

Bayi perempuan ditinggalkan dalam bakul pakaian
Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui ditinggalkan di kaki lima berhampiran sebuah restoran di Taman Mutiara, Batu Berendam pada pagi Jumaat.

Beg pakaian disangka berisi bom cetus kebimbangan orang ramai
Hasil pemeriksaan dilaksanakan oleh Unit Pengesan Bom IPK Kuala Lumpur serta Unit K9 PDRM mendapati tiada sebarang indikasi bom ditemui dalam beg tersebut.

Bayi perempuan ditemui ditinggalkan dalam kotak di pondok bas
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, bayi dalam keadaan sihat itu ditemui kira-kira jam 11.58 pagi.

Bayi perempuan ditemui di luar pintu hospital swasta
Seorang bayi perempuan dipercayai berusia kira-kira 14 hari ditemukan ditinggalkan di luar pintu sebuah hospital swasta di Jalan Abdul Samad di sini malam tadi.

Bayi lelaki berbalut tuala ditemui bersama nota di depan pintu pejabat
Bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berbalut dengan tuala berwarna hijau muda itu ditemui jam 7.40 malam Sabtu oleh seorang lelaki yang datang ke bangunan berkenaan untuk melawat rakannya.

"Tolong uruskan jenazah anak saya dan kebumikan dengan cara Islam" - Nota misteri ditinggalkan di sisi mayat bayi
Sekeping nota ditinggalkan bersama mayat seorang bayi perempuan dipercayai berusia empat bulan di sebuah masjid di Sungai Way, Petaling Jaya pada Ahad.

Bayi mati kesejukan setelah dibiar 5 jam 'hirup udara segar' di balkoni
Bayi lelaki berusia 7 bulan itu yang diletakkan dalam kereta sorongnya terdedah kepada suhu -7 darjah Celsius selama lima jam.

Penumpang feri dipercayai hilang selepas terjatuh
Dalam kejadian kira- kira jam 6.15 petang itu, penumpang lelaki yang dikenali sebagai Tham Kok Keong,47 dari Bayan Lepas dikatakan terjatuh selepas 10 minit feri bertolak.

Kejam! Bayi lelaki cukup sifat ditinggalkan di masjid
Bayi yang cukup sifat berbalut kain berwarna biru gelap itu ditemui bersama botol susu dan sebungkus susu tepung oleh jemaah masjid yang ingin menunaikan solat subuh di masjid itu pada pukul 5.45 pagi

Adik ditahan reman kerana kurung kakak OKU bersama najis
Seorang wanita ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung insiden seorang wanita kelainan upaya (OKU) yang ditinggalkan di sebuah rumah di Pengkalan Chepa, di sini.