KERANA persamaannya dengan watak kucing Puss in Boots dalam filem "Shrek", si 'Oyen' ini kini menjadi sensasi media sosial dalam sekelip mata.

Dinamakan "Pisco", kucing dari baka Golden British Shorthair yang tinggal bersama pemiliknya di New York ini mempunyai bulu berwarna ginger dengan sepasang mata besar namun nampak sayu, tidak ubah seperti watak dalam filem berkenaan.

Pisco kini mempunyai lebih 615,000 pengikut di Instagram.

Kecomelan Pisco tambat hati pengguna media sosial. - IG/Pisco
Pemilik Pisco memaklumkan si comel itu dahulunya penakut tetapi selepas beberapa lama dipelihara, ia mula membiasakan diri, malah sangat gemar dipeluk.

"Pada mulanya, Pisco sering gelisah dan tidak mahu dipegang atau disentuh.

"Tetapi kami berusaha mengambil hatinya, kami tidak akan memaksa untuk memeluk atau menangkapnya.

"Selepas beberapa minggu, ia mula nampak lebih yakin dan menunjukkan sifat ingin tahu.

Pisco dengan kostum Santa Clausnya. - IG/Pisco

"Sekarang ia seperti teddy bear, sangat suka dipeluk dan sangat manja," kata pemiliknya kepada portal Daily Mail.

Dalam "Shrek", Puss in Boots dikenali dengan watak yang boleh berubah daripada berani, menjadi kucing yang manja dan mengalihkan perhatian musuh dengan ekspresi comelnya.


Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !