awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit jantung dinasihati berhati-hati lakukan senaman

Bernama
Bernama
20/11/2017
12:30 MYT
Pesakit jantung dinasihati berhati-hati lakukan senaman
Mereka yang sifar pengetahuan tentang senaman dinasihatkan agar bermula perlahan-lahan. - Gambar hiasan
Seorang pensyarah dari India mengingatkan pesakit jantung agar mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan senaman berintensiti tinggi.
Dr Madhavi Konetigari daripada Institut Sri Venkateswara Universiti Sains Perubatan Tirupati, berkata pesakit jantung yang berbuat demikian tanpa nasihat pakar perubatan boleh mengundang maut.
Bersenam pada kadar bersesuaian amat penting untuk mengelakkan pesakit 'bersenam berlebihan', katanya pada Persidangan Dunia mengenai Perubatan Senaman, di sini.
Beliau juga menasihati mereka yang sifar pengetahuan tentang senaman agar bermula perlahan-lahan.
"Anda boleh lakukan senaman aerobik ringan seperti berjalan atau berbasikal.
"Ketahui kemampuan, had, minat serta paras tenaga anda. Jangan memaksa diri kerana perbuatan itu boleh membawa kesan buruk," katanya.
Persidangan yang julung kali diadakan itu menghimpunkan saintis senaman, doktor dan ahli terapi serta jurulatih bagi membincangkan tentang perubatan senaman yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kesihatan
#perubatan
#sakit jantung
#senaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan