SONY mengumumkan laporan kewangan mereka untuk suku terakhir 2023.

Antara yang menjadi tumpuan ialah sebanyak 8.2 juta unit konsol PlayStation 5 telah berjaya dijual yang di bawah sasaran asal sekitar 9 juta unit konsol.

Oleh sebab ini Sony kini mengubah sasaran menjual 21 juta unit PlayStation 5 untuk tahun fiskal 2023 berakhir Mac berbanding sasaran asal 25 juta unit.

Turut dinyatakan dalam laporan ialah PlayStation 5 kini di “peringkat akhir kitaran hayat” selepas dilancarkan pada Disember 2020.

Di awal pandemik hampir mustahil untuk membeli sebuah PlayStation 5 kerana jumlah unit yang terhad. Hanya tahun lalu ia lebih mudah dibeli sekali gus membolehkan ia mencapai angka jualan 50 juta konsol.

Ia masih di belakang PlayStation 3 (87 juta), PlayStation (102.49 juta) dan PlayStation 2 (155 juta).

Tahun ini juga Sony tidak akan melancarkan permainan baharu daripada studio milik mereka.

Satu sinar cahaya dalam laporan kewangan ialah permainan Spider Man 2 telah terjual lebih 10 juta unit. -Amanz