Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) meneruskan penerbitan siri setem bertemakan kereta api dengan edisi terkini menampilkan Transit Aliran Massa (MRT) yang boleh didapati Isnin ini, bersempena permulaan operasi sepenuhnya Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK).
Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah berkata koleksi setem tersebut menampilkan tiga setem iaitu kereta api MRT Laluan SBK dengan penumpang (90 sen); stesen bertingkat inspirasi reka bentuk wakaf (80 sen) serta kereta api MRT dan bas pengantara MRT (60 sen).
Bagaimanapun, katanya, hanya terdapat 304,000 keping setem 60 sen serta 132,000 keping untuk setiap setem 80 sen dan 90 sen.
"Orang ramai digalakkan merebut setem MRT yang pertama di Malaysia kerana bilangan salinannya terhad," katanya pada sesi pratonton media siri setem tersebut di Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, di sini, hari ini.
Menurutnya, lembaran mini siri setem tersebut memaparkan pandangan perspektif kereta api MRT, bertujuan menyerlahkan pembuatan dan reka bentuk kereta api berkenaan.
"Produk filateli lain seperti sampul surat hari pertama dengan risalah percuma juga boleh didapatkan dengan harga 55 sen sekeping manakala folder berharga RM6.35 setiap satu. Set lengkap folder siri setem ini boleh didapati pada harga RM69.85 setiap satu," katanya.
Diyana berkata lembaran mini yang berharga RM5.30 sekeping akan dikeluarkan sebanyak 35,000 keping, sampul surat hari pertama sebanyak 45,000 keping dan set folder sebanyak 3,300 set.
Beliau berkata Pos Malaysia sebelum ini telah menghasilkan beberapa siri setem yang menampilkan kereta api dan landasan kereta api di negara ini termasuk setem 100 Tahun Landasan Keretapi Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 1985; Pemodenan Pengangkutan Kereta Api (1998) dan Express Rail Link (2002).
Dalam pada itu, Diyana turut menggalakkan pengumpul setem membuka Akaun Deposit Pesanan Tetap (SODA) untuk memudahkan urusan membeli siri setem terkini.
"Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti SODA boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos di seluruh negara atau melalui atas talian di www.posonline.com.my.
Mereka juga boleh melayari laman sesawang www.pos.com.my atau kunjungi cawangan Pos Malaysia terdekat atau Galeri Setem di Aras 2, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi," jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2017
Petugas Pos Malaysia Faizah Mustapakamal menunjukkan setem Transit Aliran Massa (MRT), yang akan dikeluarkan sempena pelancaran MRT Isnin ini. - Foto Bernama
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Lebih banyak penjimatan tanpa membeli tanah - MRT Corp
Penjimatan yang diperoleh menerusi langkah tidak membeli tanah daripada fasa pertama laluan MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) MRT kemungkinan lebih daripada anggaran RM2 bilion yang diumumkan.