Sebuah majlis perkahwinan di Tengzhou, China, berakhir dengan tragedi apabila pengantin perempuan tidak sedarkan diri akibat dilambung ke udara oleh beberapa pengiring pengantin.

Pengantin perempuan itu, yang identitinya dirahsiakan, pada mulanya tiba ke lokasi perkahwinan seperti yang dijadualkan pada 1 November lalu.

Namun sebaik sahaja keluar daripada kereta, dia ditarik oleh beberapa pengiring pengantin lelaki dan tetamu, yang kemudian melambungkannya ke udara sebagai satu prank yang menandakan bermulanya upacara keraian majlis perkahwinan tersebut.




Malangnya, pengantin perempuan itu gagal disambut dengan baik oleh mereka yang melambungnya dan dia terjatuh ke tanah.

Akibatnya, kepala pengantin perempuan itu terhentak kuat dan dia dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri.

Dia bagaimana pun bernasib baik kerana hanya disahkan mengalami mild concussion dan kini sedang menerima rawatan.

Prank dalam upacara perkahwinan dianggap satu kebiasaan bagi masyarakat di China.

Video kredit laman YouTube Unique