MENJALANI ibadat puasa di perantauan dalam suasana persekitaran budaya berbeza menjadi satu cabaran bagi rakyat Malaysia apatah lagi ketika dunia bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bagi seorang warga perantau, berpuasa di benua Afrika sangat mencabar dengan cuaca panas yang mencecah 41 darjah Celsius dan perlu menjalani ibadah itu bagi tempoh 15 hingga 16 jam sehari.
Pelajar tahun dua Universiti Antarabangsa Afrika di Sudan, Muhammad Amirul Hakim, 20, berkata mengharungi cuaca panas serta tempoh berpuasa yang panjang merupakan cabaran utama sepanjang Ramadan sekali gus memberikan pengalaman manis dan pahit.
"Puasa di benua Afrika cepat letih, cepat dahaga. Kalau sebelum ini di Sudan, musim puasa lagi meriah daripada sambutan Aidilfitri. Masyarakat di Sudan selalu mengajak buka puasa di rumah ataupun di kawasan lapang tanpa mengira bangsa dan kaum.
"Solat tarawih juga tidak semeriah dulu sebab prosedur operasi standard (SOP) COVID-19," kata pelajar Jurusan Syariah dan Undang-Undang itu kepada Bernama.
Amirul juga berkongsi pengalaman kawasan didiaminya tiada bekalan elektrik pada waktu siang berikutan arahan kerajaan Sudan dan ini menyukarkan mereka untuk melakukan aktiviti pada sebelah pagi termasuk bersahur.
Di Sweden, Rini Sabir Massgard pula berkata pada tahun ini, beliau dan keluarganya berpuasa selama 17 jam berikutan musim bunga di negara itu.
"Siang semakin panjang. Bangun sahur pada 1 pagi dan berbuka pada 8.30 malam. Namun masih boleh urus kerana sekarang bekerja dari rumah dan cuaca tidak panas sangat. Cuma menunggu untuk waktu berbuka puasa sangat lama," kata beliau yang sudah lapan tahun menetap di negara itu.
Pengurus Kumpulan sebuah syarikat swasta itu menjelaskan bahawa berpuasa sewaktu pandemik tiada beza, cuma orang ramai digalakkan supaya tidak berkumpul melebihi lapan orang.
Katanya, suasana Ramadan di barat tidak mempunyai sebarang perbezaan dengan hari biasa dan tiada penganjuran bazar Ramadan mahupun solat tarawih seperti di Malaysia.
Nur Hananie Azhar, yang merupakan pelajar jurusan Syariah Universiti Al al-Bayt di Mafraq, Jordan pula berkata, beliau mampu menunaikan ibadat puasa dengan sempurna walaupun terpaksa menjalani perintah berkurung pada setiap Jumaat.
Pelajar berusia 19 tahun itu berkongsi bahawa berpuasa selama 15 jam dengan cuaca panas yang mencecah suhu 35 darjah Celsius tidak melemahkan semangatnya untuk meneruskan ibadat mulia tersebut.
"Cabaran ketika ini ialah kami tidak dapat menunaikan solat fardu mahupun tarawih di masjid berikutan pandemik.
"Tiada Bazar Ramadan dan sambutan Aidilfitri juga kurang meriah kerana rakyat Jordan menyambut Hari Raya Haji dengan meriah," katanya.
Umat Islam di Sudan, Sweden dan Jordan mula berpuasa pada 13 April lepas sama seperti di Malaysia.
-- BERNAMA
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Bernama
Sat Apr 24 2021
Muhammad Amirul Hakim (kiri) berkongsi cerita tentang pengalaman berpuasa sewaktu melanjutkan pengajian di Sudan. - Foto ihsan Muhammad Amirul Hakim
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
Mindef sedia hantar ATM ke Asia Barat bantu urus keselamatan pelajar Malaysia - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata ATM sentiasa bersiap siaga jika bantuannya diperlukan.
Kariah masjid solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Megat Ashman Aqif
Solat itu diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Yussuf, Muhammad Shamsuddin dan turut dihadiri datuk kepada Allahyarham dan ahli keluarga lain.
Menguasai bahasa Perancis buka pelbagai peluang buat pelajar Malaysia
Bahasa Perancis adalah bahasa asing kedua yang dipelajari di sekolah menengah di Malaysia selepas bahasa Jepun.
28 pelajar Malaysia ikuti program YES di Amerika Syarikat
Apabila tiba nanti, pelajar akan ditempatkan bersama keluarga angkat dan sekolah angkat mereka di seluruh Amerika Syarikat.
Keluarga pelajar Malaysia yang maut di Taiwan bakal terima pampasan
Kematian pelajar itu didedahkan pada 13 Oktober tahun lalu oleh polis New Taipei selepas si pelaku mengakui dia telah membunuh mangsa.
Gempa bumi Turkiye-Syria: "Saya rasa apartmen bergoyang" - Pelajar Malaysia
Penduduk Istanbul merasai gegaran awal dua hari sebelum gempa bumi kuat melanda Gazientep, yang terletak lebih 1,000 kilometer di bahagian selatan Turkiye, Isnin lalu.
Pelajar Malaysia ditahan di Mesir dibebaskan - Saifuddin
Seorang mahasiswa rakyat Malaysia di Universiti Al-Azhar yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Mesir sudah pun dibebaskan pada petang 24 Sept.
Pelajar Malaysia di Universiti Al Azhar ditahan pihak berkuasa Mesir
Seorang mahasiswa Universiti Al Azhar warganegara Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Pelajar dibenar masuk China, Kedutaan Malaysia zahirkan penghargaan
Kedua-dua negara telah melakukan usaha berterusan bagi membela nasib pelajar Malaysia dan membolehkan pelajar berkenaan kembali lebih awal ke China.
Pelajar Malaysia di Jepun sambut Aidilfitri secara sederhana
Pelajar Malaysia di Jepun menyambut satu Syawal di perantauan secara sederhana, berikutan sibuk dengan urusan kuliah masing-masing.