Kegawatan ekonomi yang melanda sejak akhir-akhir ini nampaknya tidak menjejaskan keterujaan sebilangan rakyat Malaysia untuk mencuba pengalaman menikmati makan malam di udara.
Ia dibuktikan apabila tiket terhad yang ditawarkan, berharga RM599, habis terjual dalam masa 48 jam.
Mereka yang bertuah akan dapat merasai pengalaman menjamu selera di atas platform tergantung di udara pada waktu malam, dengan pemandangan indah Petronas Twin Towers dan Menara Kuala Lumpur.
Konsep 'Dinner in the Sky' ini berasal dari Belgium dan sudah disahkan selamat oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
Lima hidangan makan malam akan dihidangkan dalam dua sesi pada satu malam, iaitu pada pukul 6 petang dan 8 malam.
Kuala Lumpur bakal menjadi destinasi pertama di Asia Tenggara yang menjadi persinggahan Dinner in the Sky, selepas kejayaan di beberapa buah kota metropolitan seperti Las Vegas (Amerika Syarikat), Dubai (UAE), Rom (Itali) dan Cape Town (Afrika Selatan).
Dinner in the Sky Malaysia akan bermula 1 Ogos ini, dan berakhir pada 31 Ogos.
Jualan tiket dibuka pada 9 Julai lalu.
Madiha Abdullah
Tue Jul 21 2015
Mereka yang bertuah akan dapat merasai pengalaman menjamu selera di atas platform tergantung di udara pada waktu malam, dengan pemandangan indah Petronas Twin Towers dan Menara Kuala Lumpur. - Facebook/Dinner in the Sky Malaysia
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rakyat Malaysia teruja mahu nikmati makan malam di udara
Ia dibuktikan apabila tiket terhad yang ditawarkan untuk Dinner in the Sky berharga RM599, habis terjual dalam masa 48 jam.