NAMA Pita Nikolas Taufatofua tiba-tiba tumpuan dunia sekaligus dilabel pembawa bendera paling hangat selepas muncul tanpa pakaian di acara pembukaan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio De Jenairo, Brazil yang berlangsung pada Jumaat.
Atlet taekwando mewakili negara Tonga itu mengenakan pakaian tradisional dipanggil Ta'ovala serta mendedahkan tubuh sasanya yang dilumur minyak.
Kemunculan 30 saat Nikolas di kaca televisyen sudah cukup untuk menjadikannya sebagai 'bintang Olimpik sepanjang zaman'.
Foto Nikolas ketika acara pembukaan itu juga telah menjadi viral selepas ia 'mencairkan' hati pengguna laman sosial dunia dengan pakej yang dimiliki.
Lebih menarik lagi, ada di antara penonton yang rata-ratanya wanita meninggalkan status nakal menggunakan #tonga di laman sosial twitter dan Instagram (IG).
Malah, warganegara Tonga turut berterima kasih kepada Nikolas kerana sekurang-kurangnya penampilannya itu telah 'meletakkan' nama negara mereka di peta dunia.
Akaun IG Nikolas yang menggunakan nama @pita_tofua setakat ini memiliki hampir 43 ribu pengikut dan jumlah itu terus bertambah dari semasa ke semasa.
Astro Gempak difahamkan Nikolas menetap di Brisbane, Australia dan membuat kerja kebajikan bersama anak-anak gelandangan di sana.
Pssttt...Nampaknya selepas ini ramailah anak dara berhijrah ke Tonga!
(Gambar Nikolas - IG & Google)
Gempak
Sun Aug 07 2016
Foto Nikolas ketika acara pembukaan itu juga telah menjadi viral selepas ia 'mencairkan' hati pengguna laman sosial dunia dengan pakej yang dimiliki.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rio 2016: Atlet Tonga, Pita Nikolas Taufatofua 'cairkan' hati pengguna laman sosial
Nama Pita Nikolas Taufatofua tiba-tiba menjadi tumpuan dunia sekaligus dilabel pembawa bendera paling hangat selepas muncul tanpa pakaian di acara pembukaan.