GAYA HIDUP
Ronaldo si budiman pilih kanak-kanak pelarian Syria iringinya masuk padang
Rasanya semua sudah sedia maklum dengan sifat prihatin dan budiman yang dimiliki bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo.
Dan bintang Real Madrid itu sekali lagi membuktikannya apabila memilih kanak-kanak pelarian Syria, Zaid Mohsen untuk mengiringinya memasuki padang dalam perlawanan menentang Granada pada Sabtu.
Tepukan gemuruh penonton bergema sebaik sahaja Ronaldo melangkah masuk ke padang bersama Zaid.
dia dan bapanya dibentes oleh seorang jurukamera menjadi viral di laman sosial.
Zaid menjadi perhatian masyarakat dunia minggu lalu apabila kisah Zaid dan bapanya ketika itu sedang melarikan diri daripada pihak polis sewaktu cuba memasuki sempadan Hungary.
Bapa Zaid, Osama, baharu sahaja menerima tawaran untuk menjadi jurulatih sebuah akademi bola sepak di Sepanyol. Osama sebelum ini merupakan jurulatih sebuah pasukan bola sepak di Syria.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami