KUCHING: Selain mengetengahkan adat dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Sarawak, Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 turut memupuk kesedaran tentang kebersihan alam sekitar yang harus bermula dengan generasi muda sehingga dewasa.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Sharzede Datu Salleh Askor berkata, pihaknya akan meneruskan usaha kempen kesedaran menjaga alam sekitar sepanjang acara berlangsung.
"Kami memastikan dengan apa yang kami panggil pahlawan kami di sini, mereka akan bergerak di kawasan sekitar dan jika mereka melihat sesuatu tidak wajar, mereka akan memberitahu, pengunjung, tolong jangan merokok di sini, jangan buang makanan di sini. Mendidik mereka. Anda lihat pada penghujung hari, mereka juga akan rasa segan.
"Mereka menjadi satu kebiasaan kerana orang lain juga lakukannya, betul. Jadi saya fikir pada penghujung hari adalah mengenai psikologi dan semua tentang membuat mereka menyedari ketika sedang seronok-seronok, kita tidak menyedari dah terbuang sampah, jadi bertanggungjawablah. Walaupun dengan penaja sekalipun, jika anda perasan, kami berkata raikan secara bertanggungjawab. Jadi itu sangat penting," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI di Kampung Budaya Sarawak, Santubong pada Sabtu.
Dalam masa sama, STB turut menganjurkan Rainforest Youth Summit (RAYS) 2024 dari 26 hingga 28 Jun ini di Muzium Budaya Borneo dengan tema ‘Memperkasa Belia untuk Masa Depan Mampan’.
Acara ini akan membantu meletakkan Sarawak sebagai hab untuk pertukaran dan dialog mengenai perkara-perkara berkaitan hutan hujan dan kemampanan yang sejajar dengan ekosistem pelancongan Sarawak seiring dengan Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 2030 (PCDS 2030).
"Ini masanya untuk membawa anak muda untuk menjadi suara dalam soal kemampanan alam sekitar di Asia dan di Sarawak ini, kita menyatukan suara mereka semua," katanya.
Kelestarian alam menjadi antara agenda penting negeri Bumi Kenyalang dalam memastikan inisiatif hijau itu membawa impak positif kepada rakyatnya.
Penganjuran RWMF 2024 oleh STB pada hujung minggu ini contohnya membawa gabungan dua elemen dalam penganjurannya iaitu kelestarian dalam seni persembahan.
RWMF akan berlangsung bermula 28 hingga 30 Jun di Kampung Budaya Sarawak.
Faida Rahim
Sun Jun 30 2024
Sharzede berkata pihaknya akan meneruskan usaha kempen kesedaran menjaga alam sekitar sepanjang acara berlangsung.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
RWMF labuh tirai, catat rekod baharu 26,000 pengunjung
Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 melabuhkan tirai malam ini dengan mencatatkan rekod baharu 26,000 pengunjung.
RWMF 2024 pupuk kesedaran alam sekitar
Selain mengetengahkan adat dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Sarawak, Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 turut memupuk kesedaran tentang kebersihan alam sekitar.
Kitaro antara artis yang akan meriahkan RWMF 2024
Artis legenda yang pernah memenangi anugerah Grammy dan Golden Globe, Kitaro adalah antara yang akan untuk membuat persembahan di festival itu nanti.
RWMF 2022: Kampung Budaya kembali bergema dengan alunan muzik dunia!
Antara yang bakal memeriahkan acara pembukaan malam pertama RWMF 2022 adalah Kevin Locke dari Amerika Syarikat, Dong Lusheng (China), Joey Ayala (Filipina), ASZA (Kanada) dan Trad Attack (Estonia).
RWMF diadakan secara maya menerusi Shopee Live
Tahun lalu, festival tersebut dibatalkan berikutan penularan COVID-19 dan kali ini kembali secara maya.
Tiada acara pelancongan berskala besar diadakan di Sarawak tahun ini
Sarawak memutuskan tiada sebarang penganjuran acara pelancongan berskala besar diadakan di negeri itu tahun ini.
Acara besar termasuk Rainforest World Music Festival di Sarawak ditunda
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan memutuskan untuk menangguh semua acara besar yang melibatkan kehadiran lebih daripada 250 orang.
AirAsia dan Lembaga Pelancongan Sarawak anjurkan festival muzik
Kerjasama itu adalah sejajar dengan usaha syarikat yang berterusan bagi meningkatkan kedatangan pengunjung ke Sarawak.