awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Objek disyaki serpihan dari angkasa ditemukan di pesisir pantai di Pekan
VM2026 di KL Sentral: Pelawat teruja terima cenderamata, akui rakyat Malaysia peramah
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah kini tersenarai dalam peta pelancongan Turki

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2022
10:34 MYT
Sabah kini tersenarai dalam peta pelancongan Turki
Pemegang rekod dunia sebagai penyelam bebas, Sahika Ercumen mengirim poskad kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan isteri, Emine Erdogan. - Gambar Lembaga Pelancongan Sabah
KUALA LUMPUR: Sabah kini tersenarai sebagai destinasi ideal untuk percutian selam skuba dalam peta pelancongan Turki.
Ia diiktiraf pasukan delegasi Turki diketuai Duta Besar Turki ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakçi yang berada di Sabah baru-baru ini untuk lawatan suai kenal termasuk lawatan ke Semporna.
Dianjurkan Lembaga Pelancongan Sabah (STB), lawatan pendidikan itu turut disertai penyelam terkenal Turki yang juga pemegang rekod dunia sebagai penyelam bebas, Şahika Ercümen.
Seiring usaha diplomasi pelancongan sukan Turki, Şahika turut menghantar poskad di peti pos bawah air pertama Malaysia yang terletak di Pulau Mataking kepada Presidennya, Recep Tayyip Erdogan dan isteri, Emine Erdogan semasa program itu.
Selaku Duta Besar, Kavakçi turut menitipkan ucapan pada poskad tersebut kepada Erdogan.
“Sebagai Duta Besar di Kuala Lumpur, saya menghantar mesej kepada Presiden melalui peti pos di bawah laut.
"Dalam mesej saya, saya menggunakan poskad untuk menarik perhatian kepada nilai sejagat Sabah.
"Dengan (Ercumen) menyelam di bawah air, kami menghantar poskad ini ke Kompleks Presiden," memetik kenyataan yang dikongsikan kepada media.
Şahika Ercümen, yang kini memegang 11 rekod dunia dalam selam bebas berkata dia mahu membantu mewujudkan kesedaran melindungi lautan seiring peranannya sebagai wakil projek Emine Erdogan’s Zero Waste Blue dan juga United Nations Aquatic Life Defender.
Sementara itu, Presiden Lembaga Pelancongan Sabah, Noredah Othman berkata, Sabah khususnya Semporna sangat kaya dengan biodiversiti akuatik yang mana memberi peluang ideal untuk pelancongan berkonsepkan laut.
Kavakçi pada masa sama mengajak rakyat Malaysia terutama yang berminat dalam pelancongan sukan untuk turut berkunjung ke Turki.
Turki ialah salah satu destinasi pelancongan sukan terbesar di peringkat antarabangsa dengan lokasi seperti Antalya, Erzurum, Trabzon, İstanbul, Bolu, Burdur, Isparta dan Kocaeli yang menarik pelancongan berorientasikan sukan.
Iklim sederhana di Turki membolehkan pelawat merancang sesi latihan mereka mengikut sukan pilihan mereka seperti berbasikal, selam skuba, golf, bola sepak dan sukan musim sejuk.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Duta Besar Turki ke Malaysia
#pelancongan
#Sahika Ercumen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan