Sambutan Ponggal bersama keluarga

	Masyarakat Tamil merayakan perayaan Ponggal hari ini bersama keluarga.
	
	Sebagai tanda hormat kepada tradisi masyarakat, saya telah melaksanakan tugas saya.

	
	Bersama dengan kakak dan sepupu saya, kami bersiap sedia memakai sari terbaik kami serta mendandan rambut dengan bunga melur.
	
	Kami bermula dengan membersih dan menghiasi  dengan mengikat daun mangga di halaman rumah serta lukisan 'kolam’ di anjung menggunakan beras berwarna.

	
	Kemudian mak cik saya membawa keluar periuk yang diikat dengan hirisan halia dan pisang di sekelilingnya. Kami meletakkan periuk di atas unggun api.
	
	Api dinyalakan dan kami  memasukkan  susu segar ke dalam 'Ponggapanai' secara bergilir.
	
	Mak cik saya berkata, kami menyambut hari Ponggal untuk memberi penghargaan kami kepada bumi  dan matahari kerana memberi hasil tuaian yang baik.
	
	Ia mengambil masa kira-kira 20 minit untuk susu mendidih dan mengalir keluar. Apabila susu mula mendidih, kami berkumpul di sekeliling periuk sambil melaung 'Ponggal-O-Ponggal'.

	
	Kemudian, kami menambah beras dan gula perang serta membiarkan ia masak selama 20 minit.
	
	Apabila sudah siap, kami menawarkan nasi yang manis  kepada Dewa Matahari bersama-sama dengan kacang kuda rebus, kuih susu manis serta buah-buahan.

	
	Semasa  perayaan berjalan, mak cik saya berkata, Berdoa lah untuk tahun yang baik kerana
	hari ini juga dianggap sebagai tahun baru untuk kita".
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

