Apa itu Tahun Baru Cina?

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.

Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan).

12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri.

Tahun ini adalah Tahun Monyet, haiwan kesembilan dalam kitaran.

Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar bagi mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga.

Ahli-ahli keluarga yang telah berumahtangga akan memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat masih muda. Tradisi ini bermaksud kebahagian yang berpanjangan.

Sepanjang perayaan ini, tarian singa akan dimainkan dari rumah ke rumah untuk memberi berkat serta kesejahteraan kepada keluarga penganut.


Apa maksud tahun Monyet?

Tahun baru, menurut kalendar Cina, bermula pada 8 Februari dan berakhir 27 Januari 2017.

Mereka yang lahir pada tahun Monyet dipercayai mempunyai ciri-ciri seperti yang ceria, aktif, luar biasa, kreatif dan nakal.

Tahun Monyet juga dipercayai merupakan salah satu tahun yang paling malang dalam kalendar Cina.


Sambutan

Menurut Wikipedia, Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai masyarakat berketurunan cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan juga di pekan cina di merata dunia.


Larangan

Masyarakat cina percaya beberapa larangan perlu diamalkan ketika sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Antaranya ialah;

  1. Mengambil ubat pada hari pertama tahun lunar bermakna mereka akan mengalami kemudaratan kesakitan bagi tahun itu.
  2. Bubur tidak boleh dimakan, kerana ia dianggap bahawa hanya orang miskin mampu makan bubur untuk sarapan.Penganut Buddha tidak mahu memulakan tahun baharu dengan makanan yang ‘miskin’ kerana ini dianggap sebagai satu petanda yang tidak baik.
  3. Masyarakat Cina tidak akan mencuci pakaian pada hari pertama dan kedua perayaan, kerana kedua-dua hari dirayakan sebagai hari lahir Shuishen (Tuhan Air).
  4. Rambut tidak boleh dibasuh pada hari pertama tahun lunar. Dalam bahasa Cina, rambut mempunyai sebutan yang sama dan watak sebagai 'fa fa cai’, yang bermaksud 'untuk menjadi kaya’. Oleh itu, ia dilihat sebagai satu perkara yang tidak baik untuk "mencuci nasib seseorang" pada awal tahun baru.
  5. Tidak boleh meyapu rumah kerana ia bermakna anda menyapu keluar kekayaan.

Kami di Astro AWANI inigin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambut.