JENAMA teknologi global, Samsung terus menerajui industri dengan melancarkan telefon pintar terbaharu, siri Galaxy S22 yang dilengkapi reka bentuk mampan dan spesifikasi hebat. 

Ia hadir dalam tiga model, iaitu Galaxy S22, S22+ dan S22 Ultra yang mampu memenuhi segala jangkaan pengguna sekali gus memberikan pengalaman telefon pintar terbaik abad ini.

Kadar kelengahan minimum

Kini, Galaxy S22 Ultra hadir bersama S Pen atau pen pintar di dalam ruang badannya membolehkan pengguna merasai pengalaman hebat sama seperti yang pernah dipelopori siri Galaxy Note sebelum ini.

Menariknya, S Pen berkenaan telah ditambah baik, menjadikannya lebih pantas dan lebih responsif. Ia memiliki kadar respons 2.8ms dengan masa pendam 70 peratus lebih rendah, menjadikannya S Pen dengan kelengahan sangat minimum pernah tercipta masa ini.

Selain itu, pengguna juga dapat merasai pengalaman menulis dan menukar tulisan tangan kepada teks dengan lancar dan terasa semulajadi.

Kuasa dan prestasi tanpa batas

Kesemua siri Galaxy S22 akan disokong dengan kemas kini OS Android sehingga empat kali dan lima tahun kemas kini keselamatan. - Gambar Samsung

Siri Galaxy S22 dikuasakan pemproses Snapdragon 8 Gen 1 membolehkan peranti kelas mercu paling dinantikan itu memiliki prestasi paling berkuasa dan stabil.

Pemproses dicipta khas tersebut akan menyokong teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML) terkini yang berupaya mengoptimumkan segala keperluan harian pengguna sama ada semasa bekerja, beriadah, menstrim rancangan kegemaran atau melakukan kesemuanya serentak.

Ia juga mempunyai sistem penyejukan yang dipertingkatkan agar peranti tidak mengalamai sebarang kerosakan akibat haba.

Di samping itu, kesemua siri Galaxy S22 akan disokong dengan kemas kini OS Android sehingga empat kali dan lima tahun kemas kini keselamatan, membolehkan pengguna menikmati prestasi produktiviti serta ciri peranti terkini untuk tempoh masa lebih lama.

Bagi memberi ketahanan bateri, Galaxy S22 Ultra dilengkapi dengan kapasiti 5,000mAh manakala 4,500mAh bagi Galaxy S22+ serta kedua-duanya mempunyai kuasa pengecas pantas 45W selain 3,700mAh untuk Galaxy S22.

Setiap detik menjadi lebih epik

Pengalaman kamera revolusioner, dari siang sehingga ke malam. - Gambar Samsung

Tiada lagi masalah untuk sebarang penggambaran foto atau video di bawah pencahayaan yang pelbagai dengan ciri hebat, Nightography.

Bagi kepuasan merakam video, ia memiliki piksel besar dan hadir dengan teknologi piksel binning bagi menyerap lebih banyak cahaya dengan pemprosesan hingar rendah dipertingkatkan untuk memberikan video pada waktu malam lebih terang dan jelas.

Ia juga memiliki kadar bingkai auto (auto framerate) dan pelaras laju pengatup (shutter speed) mengikut keadaan cahaya untuk memberi kecerahan dan perincian pada waktu malam selain dibangunkan dengan penyelesaian super night untuk meningkatkan kejelasan pada keadaan malap antara bingkai.

Siri Galaxy S22, peranti yang menggerakkan segala kreativiti dan ekspresi diri. - Gambar Samsung

Dalam pada itu, kini pengguna boleh mengambil foto secara lebih jelas dalam sebarang cahaya melalui ciri AI ISP diperkemas, sehingga 20 foto boleh ditangkap dengan sekali katup dan menggabungkan gambar terbaik serta menyingkirkan bahagian bergegar.

Menerusi Galaxy S22 Ultra, ia didatangkan dengan saiz skrin 6.8 inci bersama QHD Dipertingkatkan (QHD+) bersama-sama Dynamic AMOLED manakala dua variasi lagi, iaitu Galaxy S22 dan Galaxy S22+ pula masing-masing menggunakan 6.1 inci skrin serta 6.6 inci dengan Definisi Penuh Dipertingkat (FHD+).

Kekal terhubung dengan Galaxy Ecosystem

Selain siri Galaxy S22, Samsung juga akan memperkenalkan siri tablet serba baharu bersama-sama dengan ciri teknologi Galaxy Watch4 yang telah dikemas kini.

Siri Galaxy Tab S8 termasuk Tab S8, Tab S8+ dan Tab S8 Ultra merupakan siri tablet Samsung serba boleh dan direka khas menyokong gaya hidup masa kini yang sentiasa berhubung.

Dapatkan segera!

Siri Samsung Galaxy S22 hadir dalam empat warna, iaitu Phantom White (kiri sekali), Pink Gold, Phantom Black dan Burgundy. - Gambar Samsung

Tanda harga bagi Galaxy S22 Ultra bermula pada RM5,099 untuk storan 128GB hingga 512GB berharga RM5,899 manakala warna ditawarkan adalah Phantom Black, Phantom White, Green dan Burgundy.

Untuk Galaxy S22, harga bermula RM3,499 bagi storan 128GB manakala Galaxy S22+ adalah RM4,099 untuk pilihan storan yang sama dan warna ditawarkan adalah Phantom Black, Phantom White, Green dan Pink Gold.

Bagi Galaxy Tab S8 pula, harga bermula pada RM3,299 (Tab S8), RM4,599 (Tab S8+) dan RM5,899 (Tab S8 Ultra).

Beli sekarang!