DARI sate ayam tiruan hingga rendang daging tiruan, makmal berteknologi tinggi di Singapura berjaya menghasilkan replika hidangan Asia yang popular, dengan memberi alternatif daging berasaskan tumbuhan bagi menerapkan matlamat pemakanan lestari.
Pakar dan saintis makanan bekerja melakukan kajian dengan ekstrak tumbuhan di fasiliti mereka yang baru dibuka untuk menghasilkan versi vegetarian dari hidangan berdaging tradisional namun mampu memberi rasa seperti hidangan sebenar.
Permintaan untuk makanan lestari di Asia masih kecil dibandingkan dengan Barat, namun ia meningkat seiring dengan kesedaran mengenai pemakanan yang sihat dan kebimbangan mengenai kesan persekitaran akibat pengambilan daging berlebihan.
Burger berasaskan tumbuhan dan nugget ayam bukan perkara baharu di rantau ini, tetapi gergasi pemprosesan makanan Amerika Syarikat, ADM memfokuskan usahanya pada hidangan yang mempunyai tarikan tempatan.
"Kami bekerja dengan chef tempatan dan pelanggan tempatan untuk memastikan cita rasanya sesuai dengan apa yang diperlukan di Asia," kata Dirk Oyen, Naib Presiden dan Pengurus rantau Asia Tenggara.
"Itu rahsia untuk mencipta rasa yang disukai orang tempatan," tambahnya.
Makmal ADM telah berjaya menghasilkan sate dan rendang versi sayuran.
Mereka berharap dapat menyempurnakan ramuan asas untuk makanan istimewa ini dan memasarkannya kepada pengguna.
Para saintis menggunakan teknologi canggih untuk menggabungkan pemakanan, tekstur, aroma dan rasa untuk mencipta alternatif daging bersifat vegetarian yang kaya dengan protein, terutamanya menggunakan kacang soya dan kacang polong.
Mereka menghasilkan replika daging lembu, daging babi, ayam dan makanan laut dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis hidangan siap. Mereka juga mencipta produk daging yang diproses, seperti sosej.
Singapura setakat ini sudah berjaya menjadi tuan rumah bagi sejumlah syarikat pemula tempatan yang memfokuskan pada pemakanan lestari, termasuk makanan laut "makmal" dan dumpling yang dihasilkan daripada buah-buahan tropika.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sun May 09 2021
Makmal berkenaan telah berjaya menghasilkan sate versi sayuran dan rendang dan berharap dapat memasarkannya kepada pengguna. - Twitter @scmpnews
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Kepungan Israel sekat 83 peratus bantuan makanan ke Gaza - Data terbaharu
Hidangan makanan bagi penduduk telah berkurangan daripada dua kali sehari kepada sekali sehari.
Olimpik Paris 2024: Atlet Great Britain dakwa ada cacing dalam makanan
Dia mendakwa terdapat atlet yang menjumpai cacing dalam makanan yang disediakan oleh pihak pengajur buat atlet di dewan makan.
Sultan Ibrahim gemar masakan kampung, pedas - Cef Hamdan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tidak cerewet dalam pemilihan santapan tetapi seboleh-bolehnya sajian yang disediakan perlulah mempunyai sedikit rasa pedas serta tidak terlalu manis.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
CAP gesa penguatkuasaan tanda harga lebih ketat
Tinjauan CAP di seluruh negeri mendapati tahap ketidakpatuhan peniaga terhadap keperluan meletakkan tanda harga masih meluas.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Kos tenaga, makanan global dijangka meningkat pada 2024 - Laporan Boao Forum
Terdapat kemungkinan berlaku lonjakan kos tenaga dan makanan global pada 2024 yang berpotensi memburukkan lagi inflasi di Asia.
KPDN Kelantan selamatkan lebih 2,000kg makanan, minuman di Bazar Ramadan Rahmah
Makanan yang terkumpul diagihkan kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT), gelandangan dan golongan memerlukan.
Orang ramai dinasihat ambil makanan mengandungi karbohidrat kompleks sepanjang Ramadan
Pengambilan makanan mengandungi karbohidrat kompleks ketika fenomena El Nino boleh bantu elak terkena strok haba sepanjang menjalani ibadah puasa.