Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman Datuk Seri Vida tidak mahu menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran lelaki namun mengakui “serik” untuk berumah tangga selepas beberapa kali berdepan penceraian.
Menyifatkan lelaki yang datang dalam hidupnya hanya pada permulaan melafazkan cinta, namun karam dan hanyut selepas melihat kekayaan dan harta yang dimilikinya.
Datuk Seri Vida yang ditemui Astro Awani di Kota Bharu, Kelantan berkata, kebanyakan lelaki yang pernah menjadi suaminya tidak tahan ujian harta benda dan kekayaan.
“Kalau ada (lelaki) pun tak sesuai, pada masa ini mungkin akan datang, serik nak bersuami, sebab jate jate (lelaki) yang masuk molek last-last jadi sewel, sebab apa, sebab bila dia masuk dalam dunia saya orang yang jumpa harta karun dia akan sanggup berbunuhan sesama dia kerana harta karun,” katanya.
BACA: Datuk Seri Vida nafi jatuh miskin
“Macam itulah keadaan dengan saya, dia (bekas suami) tidak boleh terima ujian dalam kekayaan, kecuali saya jumpa yang setaraf dengan saya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau menambah tidak memikirkan soal perkahwinan sebaliknya menumpukan mengenai perniagaannya serta produk makanan yang dikeluarkan oleh anaknya.
Beliau juga mengakui pada masa ini masih mencari rancangan dan program yang bersesuai untuk ditaja kerana selepas empat tahun menaja pelbagai program realiti televisyen ianya tidak memberikan satu kesan yang besar ke atas perniagaannya.
Vida berkata, beliau lebih banyak tertumpu di media sosial kerana ianya merupakan satu platform yang mudah dilayari oleh sesiapa sahaja menggunakann telefon pintar.
Tegasnya, beliau tidak kerap muncul di kaca televisyen pada masa ini bukan bererti kehidupan atau kewangannnya terjejas selepas mata wang kripto, Lavida Coin yang dilancarkan beliau berdepan masalah sehingga menyebabkan akaun dan pelaburan yang dibuat oleh individu dan orang ramai dibekukan.
Sebaliknya beliau berkata, tumpuannya terutama dalam pengiklanan produk lebih banyak dilakukan di platform media sosial.
“Saya tak susah nak cari makan kalau tak keluar televisyen, bila tak keluar (televisyen) atau tak taja apa apa program, orang kata saya dah miskin padahal saya aktif di media sosial yang ada follower, dah tentu mereka support kita dan membeli produk kita” katanya.
Vida turut memaklumkan akan melancarkan satu single terbaharunya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti dengan lagu berentak hiburan keluarga.
Muhafandi Muhamad
Mon May 06 2019
'Macam itulah keadaan dengan saya, dia (bekas suami) tidak boleh terima ujian dalam kekayaan, kecuali saya jumpa yang setaraf dengan saya,' kata Datuk Seri Vida. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei ini.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Kemelut selesai, Vida bagi Aishah pilih sendiri barang kemas idaman
Vida memaklumkan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Aishah untuk membuat pilihan.
Datuk Seri Vida dedah faktor kegemukan anaknya dalam ucapan Hari Ibu
Datuk Seri Vida turut mengenang kisah apabila sering meninggalkan anak-anaknya di bawah jagaan pembantu rumah susulan kesibukan kerja.
'Saya tak serik berlaki, tapi lelaki yang datang ... ' - Datuk Seri Vida
Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida tidak mahu menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran lelaki namun mengakui 'serik' untuk berumah tangga selepas beberapa kali berdepan perceraian.
Pamoga Qu Puteh TRW lawan JDT?
Datuk Seri Hasmiza Othman mahu mengadakan perlawanan persahabatan diantara Pamoga Qu Puteh TRW berdepan juara Liga Super 2015 Johor Darul Takzim (JDT).