awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Scotts lancar suplemen tambahan anak-anak dengan tiga perisa

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
20/11/2020
05:32 MYT
Scotts lancar suplemen tambahan anak-anak dengan tiga perisa
Scott's adalah nombor satu di Semenanjung Malaysia untuk kategori Makanan Tambahan Kanak-kanak dan Vitamin C (Kanak-kanak). - Gambar Scott's Malaysia
KUALA LUMPUR:Scott’s memperkenalkan suplemen kanak-kanak pelbagai jenis dalam bentuk Gummies dengan asid dokosaheksaenoik (DHA) meliputi tiga perisa lazat dalam satu botol.
Pengurus Besar Penjagaan Kesihatan Pengguna GlaxoSmithKline (GSK), Bryan Wong berkata, suplemen itu diformulasi dengan perisa seperti strawberi, oren dan blackcurrant.
Menurutnya, ketiga-tiga perisa itu terdapat dalam bentuk berbeza, iaitu bentuk ikan, sotong dan ketam.
"Scott's adalah nombor satu di Semenanjung Malaysia untuk kategori Makanan Tambahan Kanak-kanak dan Vitamin C (Kanak-kanak). Anak-anak sangat cerewet tentang pengambilan makanan atau makanan tambahan. Mereka mempunyai pilihan rasa mereka sendiri.
“Oleh itu, amat penting untuk memastikan nutrien disediakan dalam format yang menyeronokkan dan menarik bagi mereka. Kami juga ingin memastikan bahawa mereka dapat menikmati Scott’s Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa dan mendapatkan nutrien sekerap mungkin,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Scott's menyokong imuniti,pertumbuhan dan perkembangan anak-anak dengan DHA dan vitamin D.
Scott's menyokong imuniti, pertumbuhan dan perkembangan anak-anak dengan DHA dan vitamin D.
Menurut Wong, Scott's Gummies dengan teknologi DHA mikroenkapsul dengan kebaikan DHA daripada minyak ikan memberikan anak-anak rasa yang mereka suka.
Selain itu, katanya, DHA Scott's Gummies turut mengandungi Vitamin D yang dapat membantu penyerapan kalsium dan fosforus.
“Ia disediakan dalam pek/botol dengan rasa yang disukai kanak-kanak, namun ia tidak menggantikan diet makanan sebenar,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, Scott’s memulakan inisiatif ini untuk menawarkan peluang kepada anak-anak dengan bibir dan lelangit sumbing menjalani pertumbuhan dan kehidupan yang sihat.
“Di Malaysia, dianggarkan satu daripada setiap 700 bayi didiagnosis mengalami celah bibir dan celah-celah langit-langit.
“Melalui inisiatif ini, Scott’s komited membantu anak-anak ini menjalani kehidupan normal dengan yakin, di mana setiap kanak-kanak layak untuk senyum.
“Sehubungan itu, untuk setiap pembelian Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa, sebanyak 50 sen akan disumbangkan ke arah inisiatif untuk membantu meningkatkan kehidupan anak-anak tempatan dengan bibir dan lelangit sumbing,” katanya.
Sementara itu, beliau menambah, pelancaran ini juga turut menyediakan sumbangan khas kepada sebuah organisasi antarabangsa, Smile Train dalam menyediakan pembedahan pembetulan bagi anak-anak yang dilahirkan atau hidup dengan bibir dan lelangit sumbing.
“Smile Train akan menyalurkan sumbangan kepada sebuah organisasi yang menyokong kanak-kanak yang dilahirkan dan/atau hidup dengan bibir dan lelangit sumbing di Malaysia,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Scott's
#Scott's Malaysia
#DHA
#vitamin C
#vitamin d
#Scott's Gummies
#Kanak-kanak
#kesihatan
#imuniti
#pemakanan
#Perkembangan
#pertumbuhan
#Tumbesaran
#selera makan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan