LELAKI kalau sudah memasuki usia 40-an sememangnya akan berdepan dengan rambut putih atau uban.
Ia merupakan ‘fenomena’ normal yang berlaku kepada kebanyakan lelaki; petanda bahawa usia semakin meningkat dan juga faktor biologi dalam diri anda.
Namun bagaimana jika uban tumbuh pada usia yang lebih awal, sebagai contoh pada penghujung 20-an atau awal 30-an, pastinya meresahkan, bukan?
Bagi sesetengah lelaki mungkin rambut putih tumbuh lebih awal kerana faktor genetik.
Namun ada beberapa sebab luaran yang lain boleh menjadi penyebab kepada mengapa uban atau rambut putih tumbuh pada usia lebih muda.
Jadi apa penyebabnya?
Terdapat 10 punca utama yang boleh membuatkan rambut putih anda tidak segan silu untuk menyapa dunia luar lebih awal.
Sama seperti masalah kelemumur, rambut beruban juga bisa terjadi andainya kamu mewarisi genetik yang cepat beruban daripada waris dan ahli keluarga kamu.
Jika kedua ibu bapa mu jenis orang yang lekas beruban dahulu, maka kamu turut berisiko masalah rambut beruban sebelum waktunya.
PENGGUNAAN KERAP 'HAIR DRYER'
Jangan terkejut, haba dari peranti elektronik seperti pengering dan penggulung rambut boleh menyumbang masalah rambut beruban awal.
Jika selalu digunakan terhadap rambut, rambut jadi lemah dan rapuh. Suhu panas turut mengganggu penghasilan melanin lalu, lekas beruban.
STRES
Pernah tak dengar orang kata: “Banyak uban ni sebab banyak berfikir”.
Ya, terbuktilah bahawa tekanan jiwa sedikit sebanyak menyumbang pada masalah rambut beruban.
Selain uban, stres juga bisa menyebabkan rambut rontok dan gugur.
SELALU MAKAN 'FAST FOOD'
Mengambil makanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan jajan akan merosakkan kesejahteraan tubuh.
Bahkan, dalam masa yang sama, ia akan memberi efek negatif terhadap penghasilan melanin dalam rambut.
Hasilnya rambut menjadi putih.
KERAP WARNAKAN RAMBUT
Rambut berwarna memang nampak cantik tetapi hakikatnya, pewarna boleh merosakkan sel melanin sehingga menjadikannya putih.
TERLALU KERAP CUCI RAMBUT
Serius ke? Faktor ini berkait rapat dengan jenis syampu.
Justeru pilihlah syampu yang bebas bahan kimia kerana bahan kimialah yang boleh menyebabkan rambut beruban cepat.
MEROKOK
Tabiat yang menjadi punca kepada banyak masalah kesihatan!
Sebuah kajian yang pernah diterbitkan J.G. Mosley pada tahun 1996 mendapati perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut beruban (cepat beruban).
KURANG ASID FOLIK & ZAT BESI
Kekurangan asid folik, zat besi dan vitamin B12 dalam tubuh akan melambatkan serta menjejaskan pertumbuhan rambut baharu yang sihat.
DIET TAK SEIMBANG
Pemakanan yang tak seimbang boleh mengakibatkan tubuh kekurangan nutrisi. Jika badan kurang nutrisi, sistem dalam badan tidak dapat berjalan dengan baik.
KURANG VITAMIN B12 & ZAT BESI
Uban yang tumbuh di usia muda boleh juga kerana kadar vitamin B12 yang rendah. Selain itu, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut.
Jadi adalah disarankan untuk sering mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B12 dan zat besi.
*Pesan MASKULIN, kepada anda yang sudah ada uban yang banyak usahlah khuatir. ‘Embrace’ uban dengan sepenuh hati. Ingatlah uban itu tak bermakna anda tidak boleh menjadi lelaki awesome!
*Artikel asal di Maskulin
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Maskulin
Sun Nov 28 2021
Terdapat 10 punca utama yang boleh membuatkan rambut putih anda tidak segan silu untuk menyapa dunia luar lebih awal. -Maskulin
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pengering rambut antara punca uban di usia muda
Kekurangan vitamin B12 dan zat besi, stres, vitiligo, dan merokok turut menjadi punca rambut beruban.
Selain faktor keturunan, ini 10 punca utama mengapa uban tumbuh lebih awal
Ada beberapa punca luaran yang boleh menjadi penyebab kepada mengapa uban atau rambut putih tumbuh pada usia lebih muda.
Benar, tekanan buat rambut cepat beruban - Kajian
Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Harvard mendapati hormon norepinephrine dibebaskan ketika badan berada dalam keadaan 'fight or flight'.
5 makanan elak rambut beruban di usia muda
Tahukah anda, masalah uban yang tumbuh pada usia muda, adalah disebabkan kekurangan nutrisi atau kerana faktor genetik.