Mula dibuka pada 22 Januari lalu, akaun twitter itu kini memiliki lebih 16,417 pengikut dengan lebih 3,500 jumlah tweet (ketika artikel ini ditulis). Ia bersamaan dengan lebih kurang 1,000 pengikut dalam sehari untuk tempoh 18 hari
Mereka yang aktif di Twitter mungkin sudah biasa dengan luahan di Twitter, namun pendedahan di laman @twtsecretsmy lebih hangat. Menurut kenyataan di laman Tumblr, mereka tidak mahu sesiapa untuk menghakim sesiapa.
Laman Tumblr Secrets Malaysia
Cinta merupakan tema yang popular dimana mereka kongsi tentang kisah jatuh cinta, kes curang terhadap kekasih dan kesunyian.
Paling mengejutkan apabila ada rakyat Malaysia yang mendedahkan tentang kes salah laku antaranya penyalahgunaan dadah, mencuri di butik dan menipu di kedai mamak:
Turut dikongsi adalah rahsia masalah kurang keyakinan diri dan imej:
Topik yang juga hangat adalah tentang kisah keluarga di mana mereka mendedahkan rasa tidak puas hati terhadap ibu-bapa dan adik beradik mereka:
Walaupun akaun tersebut diselubungi dengan rahsia-rahsia hitam masyarakat, namun terdapat juga rahsia yang bermesej positif
Terdahulu, kami ada mengulas buku yang berjudul “Facebook Fairytales” yang mengisahkan aspek-aspek media sosial.
Dengan tweet-tweet yang terdapat di garis masa @twtsecretsmy, adakah anda bimbang dengan aspek psikologi pengguna Twitter di Malaysia yang secara terbuka telah mendedahkan rahsia mereka, ini sekaligus turut membuka pekung masyarakat umumnya? Atau adakah akaun tersebut merupakan platform yang terbaik untuk meluahkan sesuatu isu dengan jujur? Sertai undian kami: