KUALA LUMPUR : Tarikh 10 November setiap tahun menjadi hari istimewa buat Datuk Lee Chong Wei dan isteri tercinta, Datin Wong Mew Choo.
Ia adalah tarikh pasangan itu mendirikan rumah tangga seterusnya menyambut ulang tahun perkahwinan setiap tahun.
Chong Wei menerusi hantaran di media sosial menampilkan sisi lucu dan romantiknya dalam satu ucapan istimewa yang ditujukan khas buat Mew Choo yang nyata mencuit hati peminat.
"Ulang tahun perkahwinan kesembilan ini 'low key' sikit, tapi saya akan belikan ikan siakap dari Langkawi itu (untuk kamu)," ucapnya dalam laman Instagram pada Rabu bersempena hari istimewa itu.
Beliau dalam masa sama, mengimbas kembali saat melamar isterinya dalam keadaan gementar.
"Saya tidak tahu bermimpi sehingga saya bertemu kamu. Beberapa tahun lalu, ketika saya melamar kamu di Gold Coast, ia adalah merupakan saat yang paling gementar dalam hidup saya.
"Lebih gan-jiong (pinjam sikit ayat Boon Heong) daripada perlawanan akhir olimpik. Lebih gan-jiong dari mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Saya berlatih banyak kali (untuk melamar), tetapi apabila saya membuka mulut saya masih gagap dan lari dari nada.
"Jantung saya jatuh apabila kamu berdiam selepas saya bertanyakan soalan itu. Adakah saya tidak baik? Saya tidak hensem? Saya lihat di cermin, bukan Andy Lau tetapi masih boleh cari makan muka saya. Tetapi nasib baik, selepas lama berdiam, kamu menitiskan air mata dan bersetuju," katanya berkongsi detik istimewa itu.
Tambah Chong Wei lagi, dia bagaikan tidak percaya apabila dapat disatukan dengan pilihan hatinya itu.
"Sehingga hari ini saya bagaikan tidak percaya, kita bersama. Dengan dua anak dan dengan masa depan yang saya tidak sabar untuk harungi bersama kamu. Saya berjanji dengan ibu bapa awak yang saya akan melindungi awak.
"Saya masih berpegang kepada janji itu. Matahari dan langit juga sanggup saya curi untuk kamu, sekiranya kamu mahu," kongsi jaguh badminton itu lagi dalam hantaran romantiknya kepada isterinya.
Nickyson Nyambar
Thu Nov 11 2021
Chong Wei berkata, dia bagaikan tidak percaya apabila dapat disatukan dengan pilihan hatinya itu. - Gambar/ IG @leechongweiofficial
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Syabas Liek Hou, sumbang emas kedua di Paralimpik Tokyo - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan syabas kepada jaguh badminton negara, Cheah Liek Hou.
Isteri Misbun Sidek meninggal dunia
Isteri kepada legenda badminton negara Datuk Misbun Sidek, Datin Latifah Sidek disahkan meninggal dunia sebentar tadi.
Chong Wei sah tidak sertai Piala Sudirman
Dua beregu profesional negara, Goh V Shen-Tan Wee Kiong dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut tidak tersenarai dalam pasukan negara.
Misbun terima saja apa keputusan Chong Wei
Ramai menjangkakan Chong Wei akan kembali semula ke gelanggang, sekali gus menutup spekulasi bahawa dia akan bersara.
Tak sabar nak masuk gelanggang - Chong Wei
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin meluangkan masa menemui jaguh badminton negara yang baru pulang dari Taiwan itu.
Datuk Lee Chong Wei pulang Ahad ini
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka pulang ke tanah air Ahad ini, lapor beberapa agensi media antarabangsa, semalam.
Chong Wei tidak pernah alami masalah kesihatan seperti ini - Daren
Chong Wei tidak menjalani latihan sejak pulang daripada menyertai Kejohanan Terbuka Indonesia, dua minggu lalu.
Chong Wei jumpa Momota di final Terbuka Malaysia
Datuk Lee Chong Wei berada dalam kelas tersendiri apabila mengekalkan rekod tanpa kalah terhadap Tommy Sugiato dalam 17 perlawanan.
Chong Wei sekat Axelsen ke separuh akhir Terbuka Malaysia
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mudah menyekat laluan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen untuk meneruskan saingan ke separuh akhir Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 di sini, malam ini.