Kisah ini membuka persoalan tentang suratan atau kebetulan.
Sepasang suami isteri di China terkejut kerana baru saja mengetahui bahawa mereka pernah ‘dipertemukan’ hampir 20 tahun lalu, dan semua bukti itu tanpa sengaja tercetak dalam sekeping gambar lama, lapor media tempatan, Sina News.
Ye dan isterinya Xue, bertemu dan jatuh cinta pada tahun 2011 di Chengdu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang anak perempuan kembar.
Namun hanya baru-baru ini, mereka menyedari bahawa mereka pernah melawat Dataran 4 Mei di bandar pesisiran laut, Qingdao, pada hari dan waktu yang sama.
Ye menyedari hal tersebut pada 4 Mac lalu di kediaman keluarga mertuanya, apabila dia sedang membelek gambar-gambar lama isterinya ketika muda.
Mengikut ceritanya, Xue pada tahun 2000 telah ke dataran itu bersama ibunya, yang bercuti di bandar itu selepas si ibu menjalani pembedahan.
Pada masa yang sama, Ye juga berada di dataran itu bersama rombongannya dan telah bergambar di hadapan tugu arca yang menjadi tarikan di situ.
Xue yang berpakaian serba putih turut bergambar di hadapan tugu arca di dataran itu, tanpa mengetahui bahawa kelibat seorang lelaki yang tanpa senagaja terakam dalam gambarnya, adalah lelaki yang dikahwininya 18 tahun kemudian!
Ye yang melihat latar foto isterinya itu serta-merta mengenali dirinya sendiri.
“Saya pernah dengar isteri saya kata dia pernah melawat Qingdao. Saya juga pernah ke situ dan bergambar di dataran tersebut. Namun selama ini tidak pernah mengesyaki apa-apa.
"Apabila asaya melihat gambar itu, saya terkejut dan bulu roma saya berdiri… Itu adalah saya, itu adalah ‘pose’ saya, namun dari sudut berbeza,” ujar Ye seperti yang dipetik dari portal Sina News.
Ye kemudian dapat mencari semula gambarnya di dataran itu dalam simpanannya untuk mengesahkan dan membandingkan kedua-dua gambar tersebut.
Bagi Ye dan Xue, penemuan itu suatu yang amat luar biasa, istimewa dan membawa kegembiraan berganda dalam hidup mereka sekeluarga.
Kini kisah mereka sudah menjadi viral di China, dan ramai yang mengulas bahawa mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama!
Agensi
Mon Mar 12 2018

Bandingkan kedua-dua gambar ini, Ye dan Xue pernah 'disatukan' takdir dalam foto yang sama tanpa mereka sedari. - Foto: Sina News/Media sosial

Polis tahan dua beradik kerana disyaki membunuh
Polis menahan dua beradik lelaki hari ini, kerana disyaki membunuh seorang peneroka selepas satu pertengkaran di sebuah rumah di Felda Mempaga 3, Bentong, semalam.

Bagaimana mengerjakan ibadah umrah ketika ini?
Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali menjelaskan perjalanan proses ibadah umrah di Masjidil Haram mengikut SOP yang ditetapkan di sana.

Jawatankuasa Bebas Darurat menjadi pengimbang urus tadbir negara
Ahli Jawatankuasa Bebas Darurat 2021, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin tidak melihat kedudukan kerajaan akan diancam dengan kewujudan jawatankuasa yang terdiri daripada ramai tokoh berpengalaman dari pelbagai latar belakang.

Kelebihan gerak kerja Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Jelas ahli Jawatankuasa Bebas Darurat 2021, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, berada di dalam tempoh darurat membolehkan gerak kerja kerajaan yang mendesak dapat dibuat segera tanpa pelbagai lapisan proses pelaksanaan.

Fungsi Jawatankuasa Bebas Darurat 2021
Mufti Perlis merangkap salah seorang ahli Jawatankuasa Bebas Darurat 2021, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan fungsi jawatankuasa tersebut dalam menilai dan melapor segala gerak kerja dalam tempoh darurat kepada DYMM Yang Dipertuan Agong.

PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen
Anwar berpendapat sidang Parlimen perlu dijalankan segera bagi membawa beberapa perkara penting berkaitan rakyat.
![AWANI 7:45 [04/03/2021] - Pemandu treler ditahan | Jual vaksin COVID-19 | Cetus risiko jerebu AWANI 7:45 [04/03/2021] - Pemandu treler ditahan | Jual vaksin COVID-19 | Cetus risiko jerebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893717/24668264381614867734833_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [04/03/2021] - Pemandu treler ditahan | Jual vaksin COVID-19 | Cetus risiko jerebu
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 AWANI!

Zahid terima cek RM6 juta serah pada Lewis & Co - Pegawai penyiasat
Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa Lewis & Co ialah pemegang amanah bagi Yayasan Akalbudi, milik Ahmad Zahid.

Vaksin diberikan secara percuma, KKM sedang kenal pasti hospital, klinik swasta
KKM sedang mengenal pasti hospital dan klinik swasta untuk diberikan vaksin bagi meneruskan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan.
![[TERKINI] BN syorkan sidang Parliemn disegerakan [TERKINI] BN syorkan sidang Parliemn disegerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893715/24668264391614866543909_640x360.jpg)
[TERKINI] BN syorkan sidang Parliemn disegerakan

Suami isteri terkejut mereka pernah 'dipertemukan takdir' ketika remaja
Apa perasaan anda jika selepas lama berkahwin, anda menyedari bahawa anda dan pasangan anda pernah 'disatukan' dalam satu insiden.