KUALA LUMPUR: Kecenderungannya terhadap cabaran mendorong suri rumah Nurul Nadia Aqilah Azri, 27, mengukir satu demi satu kek tiga dimensi atau 3D yang penghasilannya diakui ramai sebagai amat renyah dan memerlukan kesabaran, ketelitian serta daya kreativiti yang tinggi.
Namun wanita ini tidak menduga kegemarannya itu yang hanya bermula untuk mencari pendapatan sampingan pada 2017, kini turut menjadi sumber pendapatan utama keluarga selepas suaminya Saifudin Mat Husin, 26, menghidap penyakit kronik dan tidak dapat melakukan kerja berat sejak 2018.
Menggunakan jenama The Cake Village, Nurul Nadia Aqilah yang mesra dipanggi Dhia, memanfaatkan platform dalam talian untuk mempromosikan dan memasarkan kek buatannya, selain hebahan dari mulut ke mulut.
"Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan tempahan bukan sahaja dari sekitar Pahang tetapi juga Selangor, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura," kata wanita itu yang beroperasi dari rumahnya di Lepar Hilir, Gambang, Pahang.
Bercerita lanjut kepada Bernama, Nurul Nadia berkata antara kek 3D paling mencabar pernah dihasilkannya ialah bentuk kucing dan ayam.
"Kebiasaannya untuk menghasilkan kek seperti ini saya melihat contoh gambar yang sebenar. Di samping itu, saya juga membuat penyelidikan dan mencari idea menerusi media sosial atau bertanya pendapat orang terdekat bagi menghasilkan kek yang nampak macam 'hidup'.
"Lagi sukar bentuk yang perlu dihasilkan, lagi kuat keinginan saya untuk berjaya. Apabila berjaya, timbul satu kepuasan yang sukar digambarkan," jelasnya.
Hingga kini, ribuan kek biasa dan 3D telah dihasilkan oleh wanita ini dengan tema makanan antara bentuk 3D yang menjadi kegemaran pelanggan seperti ayam goreng KFC dan McDonald's, air batu campur (ABC) serta mi kari dan laksa.
IBU SUMBER INSPIRASI
Dibesarkan oleh ibu tunggal, Nurul Nadia Aqilah yang berasal dari Kuala Lumpur, berkata sekalipun mereka bukan orang senang, ibunya tidak pernah lupa meraikan sambutan hari jadi anak-anak.
"Setiap kali menyambut hari lahir, emak Dhia selalu buatkan kami adik-beradik gembira dengan kek yang dihias sendiri olehnya. Adakala Dhia turut membantu dan dari situ timbul minat serta keinginan untuk mengenali dunia pembuatan kek dan pastri dengan lebih mendalam," kongsinya.
Sedar tidak mampu mempelajari ilmu pembuatan kek dan pastri di institusi formal, Nurul Nadia Aqilah menjadikan televisyen serta media sosial sebagai "guru".
"Saya sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran dengan menonton rancangan kegemaran seperti Cake Boss dan perkongsian di media sosial seperti YouTube, Instagram, Facebook dan lain-lain," ujarnya yang menyifatkan pembuatan kek sebagai terapi untuk dirinya.
"Biarpun memakan masa yang lama, hati akan rasa tenang dan puas bila saya dapat menghasilkan sesuatu yang saya suka," tambah wanita itu lagi.
Jelasnya lagi, dia juga suka mencabar diri dengan melakukan sesuatu yang baharu, sekali gus meraih pengalaman dan meningkatkan lagi kemahirannya dalam pembuatan kek 3D.
CABARAN MENTAL DAN FIZIKAL
Bercerita tentang proses membuat kek 3D, Nurul Nadia Aqilah berkata bergantung pada bentuk, sesebuah kek boleh mengambil masa hingga tiga hari untuk siap.
"Jika kek biasa selalunya dalam sehari boleh hasilkan dalam lapan hingga 10 biji, tetapi kek tiga dimensi pelbagai corak dan bentuk akan mengambil masa yang lama kerana pembuatannya memerlukan ketelitian, kehalusan dan kesabaran.
"Selain itu, mental dan fizikal juga perlu kuat kerana membuat kek seperti ini memang amat mencabar, apatah lagi jika (bentuk itu dibuat) pertama kali," jelasnya.
Menurut Nurul Nadia Aqilah lagi, kek yang sudah dilepa perlu dibiarkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya enam jam bagi mengukuhkan struktur kek.
"Untuk hiasan atas kek pula, sebagai contoh kek seperti mi kari, laksa, ABC atau buah sawit, masa yang diperuntukkan adalah enam hingga 10 jam," tambahnya.
HARGA CECAH RIBUAN RINGGIT
Mengakui kek 3D memberikan pulangan lumayan, Nurul Nadia Aqilah berkata harga sebuah kek bergantung pada bentuk dan tahap kesukaran.
"Harga kek adalah mengikut permintaan pelanggan. Kek biasa bermula dari RM55, bergantung pada jenis, saiz serta dekorasinya. Untuk kek berbentuk 3D pula, harga bermula dari RM300, juga bergantung pada dekorasi yang diminta pelanggan serta saiznya.
"Harga kek 3D boleh mencecah ribuan ringgit jika permintaan pelanggan terlalu rumit, selain kos untuk membuat kek 3D juga agak tinggi termasuk nilai kesenian pembuat kek. Semakin rumit dan 'real' kek, maka makin tinggi harga," katanya.
Menurut wanita itu, sekalipun mahal, kek 3D mempunyai peminat tersendiri dan permintaan terhadap kek sedemikian tidak pernah putus.
Katanya dia juga bernasib baik kerana suaminya suka memasak serta mempunyai sijil kulinari dan kini membantunya dalam pembuatan kek terbabit.
"Suami menjadi tulang belakang saya. Dia tidak boleh bekerja seperti dulu dan kini membantu saya menguruskan perniagaan ini termasuk membakar kek serta membuat penghantaran," jelasnya, menambah dia juga menjaga bapa mentua yang sakit tua.
Bercerita lanjut, Nurul Nadia Aqilah berkata suaminya didiagnosis dengan penyakit kronik pada 2018 serta memerlukan pembedahan dengan kos ratusan ribu ringgit.
"Jadi kami kerap berulang-alik ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Sejak suami sakit, saya cuba membuat kek-kek berbentuk 3D dengan pelbagai tema demi mencari pendapatan lebih. Namun, siapa sangka kini perniagaan ini jadi pendapatan utama keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022
Menggunakan jenama The Cake Village, Nurul Nadia Aqilah memanfaatkan platform dalam talian untuk mempromosikan dan memasarkan kek buatannya, selain hebahan dari mulut ke mulut. - Bernama
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Disember 2024
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
1️⃣ Kadar subsidi tiket naik kepada RM400
2️⃣ SPRM peroleh perintah larang akses harta
3️⃣ Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan
#awaniringkas
Pasukan MALBATT 850-12 akan tingkat siap siaga, waspada di Lubnan
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 akan meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi (pengaman) dengan selamat di Lubnan.
‘Saya tunggu masa sesuai.’ – Bekas Bendahari Agung PN
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas lanjut berhubung peletakan jawatan beliau secara mengejut sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Beliau yang ditemui media selepas majlis penyerahan projek paip agihan air dari Kemaman, Terengganu ke Gebeng di rumah pam Penggalak Gebeng, di Kuantan, berkata kenyataan akan dikeluarkan pada masa yang sesuai.
Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan bencana.
[TERKINI] RCI 47 halaman dihitam lindungi sensitiviti, hubungan diplomatik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Kadar subsidi tiket penerbangan naik kepada RM400 - PM
Kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun depan.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia antara ikhtiar kerajaan dalam meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan harga tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing.
Banduan Doktor falsafah dibebaskan sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor
Banduan pertama yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam penjara, diberi pengampunan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda, pada Rabu.
Guru mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap murid
Seorang guru di Ipoh mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan amang seksual terhadap murid perempuan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 17 Januari 2025.
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Suri rumah puas dapat kuasai cabaran kek 3D, jana pendapatan keluarga
"Biarpun memakan masa yang lama, hati akan rasa tenang dan puas bila saya dapat menghasilkan sesuatu yang saya suka."