Siapa kata definisi high fashion hanya terhad pada pakaian berjenama sahaja? Buktinya, remaja dari Thailand ini tidak perlu mengeluarkan wang untuk menjadikan gayanya viral di laman sosial.

Baru berusia 16 tahun, namun remaja yang menggunakan nama daewzii2542 di laman Instagram ini nyata punya kreativiti di luar kotak pemikiran manusia biasa.

Dengan hanya menggunakan kamera telefon, remaja ini berjaya membawa tafsiran tersendiri dalam gaya fesyen.

Bahan-bahan yang digunakan untuk mempersembahkan ideanya adalah bahan-bahan biasa yang ditemui di rumah, seperti kain sarung, raga rotan, penyangkut baju, periuk dan payung. Dia juga menggunakan elemen alam semulajadi dan tumbuhan seperti ranting kayu, rumput dan bunga sebagai bahan untuk mempelbagaikan lagi gayanya.








#madaew #fashionista #fashion

A photo posted by thai ban fashionist (@daewzii2542) on


Menurut laporan beberapa portal, remaja lelaki ini bernama Madaew dan berasal dari daerah Khon Kaen.

Laman Instagramnya kini mempunyai lebih 20,000 pengikut